Skip to main content

Rezeki Allah





Bila bercerita tentang rezeki, kita menang sentiasa terfikir one and only Duit. Pada kita, bila kita ber duit dan berharta itulah rezeki. Dan itu juga lah doa kita saban hari.

Ini pun termasuk diri ahkak sendiri, rasanya bila cakap tentang rezeki, mesti otak terus divert tentang duit atau harta. 

Namun, sering kita terlupa yang rezeki Allah itu sangat luas. Ilmu itu juga rezeki, anak itu juga rezeki, malah sihat juga rezeki. Ada orang sayang juga tak kira keluarga, sahabat malahan jiran juga adalah rezeki.  

Kekadang kita takut bila kita kekurangan. Sebagai contoh kita rasa kerdil bila kekurangan kekayaan , tapi kita tak sedar kita telah dikurniakan anak yang hebat, keluarga yang bahagia. Itu juga rezeki. Bila kita lambat kahwin, kita merasa tak ada rezeki, tapi kita tidak tahu mungkin dengan berkahwin kala itu, kita akan mendapat suami yang baran, mertua yang tidak menyukai, kini kita ber rezeki dengan kehidupan solo. 

Kerana itu juga, ahkak nekad berhenti kerja dengan notis 24 jam atas alasan anak yang ahkak sayang lebih mendahului carta keutamaan. Dia perlu diberi perhatian sepenuhnya. Walaupun ahkak telah meninggalkan jawatan yang baik dan gaji yang bagus, ahkak cuma berharap rezeki anak ini lebih luas dan lebih cerah di hadapan sana. 

Comments

Popular posts from this blog

Sehari Ke Singapura

Perjalanan bermula dari pukul 700 pagi , bergerak ke Tune Hotel untuk pick up Amar , dan terus ke JB Sentral. Kami perlu ada di san 30 minit sebelum tren berlepas kerana perlu pemeriksaan imegresen seperti biasa untuk melepasi sempadan. Tiket tren sehala adalah RM5, dan perlu dibeli awal kerana tiket ini sememangnya kerap habis. Bagi pembelian tiket ini, boleh sahaja online di website KTMB. Perjalanan menaiki tren ini amat mudah dan kondusif. Hanya mengambil masa selama 5 minit sahaja untuk melepasi sempadan negara. Wow, ini sangat menakjubkan. Selepas pemeriksaan kastam, dari situ kami menaiki shuttle bus ke Woodlands MRT Station. Ini kelakar, sebab kitaorang tak tahu nak bayar tambang. Haahaaa . Sebab tambang nya kena bagi duit cukup-cukup masuk ke daalm tabung. Lama la juga kami berkira-kira duit syiling sebab tambang nya 90 cent je per person. Sampai kat MRT Station, dah pandai beli tiket ke Rafles .. ( North Line ) ,line mrt kaler merah tu. Dan train ni berh...

Boutique Hotel

Boutique Hotel is the preferred one to stay if we go for vacation. The rate is cheap compared to (star-star) hotel but the condition and environment is really nice and can compete with the (****) hotel. This is G Inn Hotel at Jalan Macalister in Penang. Many tourist also love to stay this heritage hotel. We meet tourist from England, they are their way to Phuket, and stay 2 days in Penang.  And this is the model of the day

UJIAN WANITA ADALAH ...

Ujian Wanita Masa Kini . Ramai wanita kita diuji dengan KESAKITAN. Bukan sahaja sakit fizikal yang bermacam nama nya, dengan kanser nya dengan ketumbuhan nya dengan kegagalan organ nya,juga dengan sakit emosi nya, dicurangi. Ada wanita umurnya muda, sudah diuji dengan kanser, dengan kegagalan buah pinggang. Bukan mereka pinta namun ya itu namanya taqdir Allah, maka mahu tak mahu kita terima dan redha. Namun, ramainya yang mula bertindak jadi pakar sakit atau doktor. Sibuk mencanang , oh inilah akibat tak berpantang lah , tak jaga makan lah, tak minum air kunyit jamu temulawak . Semua lengkap.  Yang terdera tu emosi yang sakit, tapi lagi sakit jiwa bila mendengar ulasan orang yang tak bertauliah. Pagi tadi, terdengar satu kuliah ustaz itu, Allah hadirkan sesuatu perkara tua asbab kerana hendak hamba-Nya membesarkan dan mengagungkan-Nya. Ketika kita diuji dengan kesusahan, kita minta dilapangkan. Ketika kita diuji dengan kesakitan, kita minta disembuhkan. Ketika kita diuji dengan kes...