Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Segamat

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat hari raya diucapkan untuk semua. Mohon maaf atas segala kesilapan sepanjang kita bersahabat di alam maya ini. Hari raya tahun ini disambut secara sangat sederhana memandangkan cuti hari raya pun tak banyak kerana baru bertukar tempat kerja. Namun begitu, kemeriahan nya tetap terasa. Tema hari raya tahun ini "serba hitam". Hitam dengan bersongket lagi. Tahun ini hari raya pertama di rumah keluarga di Kota Tinggi. Sehari sebelum hari raya, sudah memulakan perjalanan pulang ke kampung bersama suami. Hehe anak-anak dah pualng sehari awal bersama pakcik dan sepupu nya. Ini kerana hari sebelum itu masih lagi bekerja tetapi anak-anak sudah bercuti sekolah, pihak taska pun dah menutup pintu. Hari Raya pertama, seperti biasa kami sekeluarga akan beraya di rumah kaum keluarga di Kota Tinggi. Sehingga malam masih lagi berziarah. Ehh inikan raya. Keesokan harinya, kami sudah memulakan perjalanan balik ke Muar. Pada malam tersebut telah diadakan hari keluarga di se...