Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014

Menuju 2015

Salam Keharmonian, Syukur, hari ini hari terakhir dalam tahun 2014. Seperti tahun yang lepas, saya juga lebih gemar menulis apakah pencapaian tahun 2014 berbanding azam tahun baru. Tahun ini walaupun bermula dengan payah kerana saya telah berhenti kerja juga kerana tekanan menyiapkan thesis untuk masters, namun akhirnya dapat dirasakan ia adalah tahun yang membanggakan. Tahun ini juga , ditipu oleh satu sayarikat perumahan terbesar di selatan tanah air. Setelah selesai semua medical check up untuk bekerja, tiba-tiba kata permohonan ditolak. Deposit rumah sudah le hangus, eiris diana dah berhenti sekolah, lori sudah ditempah. Bagai satu mimpi ngeri yang berlalu pergi. Namun pertengahan tahun ini, bermula kejayaan bagi saya. Saya dianugerahkan sarjana pengurusan projek dari UTM. Pengalaman beharga ini amat membanggakan saya dan keluarga saya. Walaupun sewaktu konvokesyen tersebut, tiada sesiapa pun yang masuk ke dalam dewan sebagai tetamu saya. Namun saya tetap bersyukur. Seter

Malaysia diuji lagi

Salam Keharmonian, Dunia sekali lagi digemparkan dengan insiden kehilangan sebuah kapal terbang milik Air Asia . Walaupun ianya Air Asia Indonesia yang berlepas daripada Surabaya ke Singapura QZ8501 yang berlepas pada pukul 05:35 (waktu tempatan) dan dijangka tiba di Changi pada 08:30 (waktu tempatan), namun telah hilang atau terputus hubungan pada pukul 06:24 (waktu tempatan). Sepanjang tempoh hampir 48 jam, pesawat tersebut tidak dapat dikesan. Namun berdasarkan "wave" daripada talian telefon salah seorang mangsa penumpang peasawat tersebut. Kala, tentera / penyelamat dikerahkan ke kawasan itu, mereka menemui 3 mayat yang kembung terapung di Laut Jawa. Kini, bangkai pesawat QZ8501 juga telah ditemui menggunakan alat pengesan alatan sonar yang mana ia terkubur di dasar Laut Jawa. Terkini, pihak penyelamat akan mendapatkan kotak hitam pesawat terbabit bagi mengetahui apa yang sebenarnya telah berlaku. Sesungguhnya Allah jua yang Maha Mengetahui setiap apa yang d

Faedah Tulis Tangan

Salam Keharmonian, Dalam era moden kita, bilamana kita sering dilambakan dengan gadjet, lalu kita terus lupa mencatat nota melalui kaedah "tulis tangan". Kita sibuk menaip mahupun menggunakan tab kita merekod kan segala macam perkataan yang keluar daripada mulut penceramah mahupun guru kita. Lalu kita lupa tentang kepentingan dan kebaikan mencatat nota dengan cara "tulis tangan". Malah diri saya sendiri lebih gemar mencatat apa yang saya faham berbanding membaca nota yang disediakan oleh pihak penganjur. Pernah juga saya dikatakan ketinggalan zaman kerana mencatat menggunakan ipad saya, tapi saya rasa lebih selesa menulis secara konvensional. Walaupun menaip itu lebih pantas daripada menulis tanagn, namun yang perlahan itu yang bersesuaian dengan konsep pembelajaran. Menurut seorang pakar psikologi Pam. A Mueller dari Princeton University dan Daniel M. Oppenheimer dari Universiti of California, mengesan betapa buruk nya kesan menggunakan laptop atau telef

Buku Berilmu vs Buku Bernafsu

Salam Keharmonian, Semenjak dari kecil lagi saya adalah seorang yang sangat gemar membaca, sehinggakan di zaman kaank-kanak saya, saya pernah dimarahi oleh emak akibat mengunci pintu bilik kerana menyorok-nyorok membaca. Akibatnya, saya memang tidak akan menjamah makanan jika novel penyiasatan Sri Salmah tidak ke muka akhir. Habit ini terus hingga saya di zaman remaja saya. Ketika belum mempunyai pendapatan (masih menuntut), saya akan asingkan duit biasiswa saya untuk membeli novel sepanjang semester tersebut. Mungkin kala itu hanya dapat memiliki sepuluh buah novel (RM17.00*10). Kemudian, buat sistem tukaran dengan kawan yang meminati novel juga. Tapi idea ini tak berbaloi kerana pada akhir semester, tak de satu novel pun yang dapat kembali kepada saya. Semuanya arwah kerana "hilang" di persimpangan pertukaran banyak tangan. Aduh. Selepas ada pendapatan, setiap bulan mesti membeli novel keluaran Alaf 21 . Tapi kali ini, memang tiada istilah "pinjam-meminjam"

Apa Itu Affiliate?

Salam Keharmonian, Hujung minggu lepas, saya berpeluang menghadiri seminar menjana duit melalui affiliate. Tapi ramai yang salah faham, apakah itu affiliate.. Affiliate bukan SKIM CEPAT KAYA . Affiliate bukan MLM. Tapi ramai lagi termasuk saya yang masih blur tentang affiliate. Namun satu website menjual ebook termasyur di Malaysia , www.klikjer.com  ada panduan lengkap tentang affiliate ini.. Boleh terus klik. Selamat ber affiliate, semua.

Pilihan; Doktor O&G Perempuan Muslim

Salam Keharmonian , Tiap kali kita bangun dari tidur, seawal itu pun kita sudah ada pilihan ; mahu teruskan mimpi kita atau bangun dan realisasikan mimpi itu. Nak dijadikan cerita, dalam menjalani hidup kita sehari-hari, kita ada PILIHAN, maka buat lah pilihan, jangan disalahkan situasi atau keadaan yang berlaku, kerana kita ada pilihan. Terkini, isu bidan lelaki menyambut kelahiran dan tentang aurat wanita itu, ramai yang gemar memaki dan menyalahkan hospital kerajaan yang tidak menyediakan doktor atau bidan wanita. Lalu isu ini terus berpusing, ada yang berpendapat begitu, ada yang berpendapat begini. Hinggakan ada doktor yang berkecil hati dalam coretan nya berkata ".. yang sibuk pasal doktor laki menyambut kelahiran, aurat nya di luar tu dijaga ke?.." Kisahnya, kita kan ada pilihan, ada doktor wanita di hospital swasta, maka pergilah ke hospital swasta, mengapa nak disalahkan kerajaan yang tidak mencukupkan doktor wanita. Kalau isu nya mahal bayaran di hospital

Cabaran Negara Pencetus Idea

Salam Keharmonian Memetik sedikit ucapan terbuka YB KJ di UTM semalam,kita sedang ke arah berubah dari negara pengeluar /pemasangan kepada negara pencetus idea ( from world factory to world laboratory ). Cabaran nya kita perlu menjadi hub pengetahuan,sebelum kita boleh menjadi pencetus idea yang kreatif itu. Minda watan kita perlu dididik dari anak-anak lagi untuk berfikir dan berani memberi idea. Dari bersendiri kepada berkongsi, dari nonton tv kepada meniru varsi, dari menyepi kepada mahu memberi, dari main lori kepada tahu betul kan lori. Namun ada cabaran yang  lebih besar dari itu, minda ibu bapa yang melahirkan generasi ini yang perlu DIBERSIH-CUCI .  Dalam gambaran ibu bapa, jika anaknya tak masuk universiti, anaknya gagal hidup. Jika anaknya sekolah teknik, anaknya kurang hebat dari anak jiran. Bila anaknya tamat belajar, mesti kerja dengan kerajaan, terjamin, kalau nak ber bisnes, pasti ditentang habis-habisan.  Lalu, ini lah cabaran pembangunan insan

Ikhlas Bersyukur

Salam Keharmonian. Kita memang sudah faham erti syukur, namun hati kita masih belum ikhlas bersyukur. Kerana apa? Kerana, selagi ada ruang dan peluang untuk mengeluh, kita tetap mengeluh. Walaupun apa yang kita keluh kan sememangnya terkena kepada diri kita, kita terlupa dan terkhilaf kerana ada lagi orang yang lebih teruk menghadapi. Kadangkala, kisahnya mudah sahaja, ada ketika kita kurang berkenan dengan sesuatu barang atau jenama, contohnya kita tidak meminati kasut Adidas, tapi kita pernahkah terfikir ada orang yang sangat mengharapkan sepasang kasut biar pun ia cuma selipar buruk. Lalu, kita zahirkan kita bersyukur, namun di sudut hati kita masih lagi mengeluh. Inikah yang dikatakan ikhlas bersyukur? Lalu marilah kita bersama mendidik hati kita untuk bersyukur terutamanya diri saya ini. Sesungguhnya, janji Allah itu, yang bersyukur itu Allah akan tambahkan tapi yang tidak bersyukur, azab Allah amat pedih. AllahuAkbar. Marilah kita bersama-sama berterusan bersyukur k

Kini atau Lupakan Sahaja (Now or Never)

Salam Keharmonian, Dalam menjalani lorekan hidup ini, kita hanya akan bertemu dengan dua pilihan sahaja. Jarang yang hadir itu, nisbahnya lebih daripada dua.  Andai bukan kanan, maka kiri lah. Jika bukan menaik, jadi lah menurun. Kalau bukan hadapan, jadinya belakang lah. Juga, jika tidak muda, sudah tua lah. Bukan tinggi, pastinya rendah. Lalu seharusnya kita faham konsep ini, andai tidak berubah sekarang, maka kita tak kan berubah.  Perkataan "cuba" sudah boleh dipadamkan dalam kamus Dewan Bahasa, kerana perkataan ini tidak memberi sebarang maksud. Jika diarahkan, "cuba jatuhkan pen itu". Maka apakah tindakan kita? Jika memang terjatuh pen itu, maka itu adalah sudah jatuh. Jika ia masih di tempat yang sama , maksudnya ia belum jatuh. Jadi keadaaan manakah yang berkeadaan "cuba" itu? Berbalik kepada cerita saya, hari ini dan kini saya berubah. Terus berubah menjadi orang yang hebat. Hari ini terus kita buat "homework" yang tela