Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2015

Singgah sebentar di Bandaraya Melaka

Seminggu yang lepas, semasa mengikuti keluarga mertua ke satu undangan majlis perkahwinan, kami sempat menyinggah di Bandar Melaka. Yang terpenting bila berada di Melaka adalah mencari coconut shake Klebang. Ditambah dengan cuaca yang panas seharian. Usai di gerai coconut shake , kami bergegas menunaikan solat zuhur. Perancangan nya selepas selesai bersoalt mahu menikmati kuaeh keria disira gula melaka, tapi hampa bilamana kueh keria tersebut laku keras di hari tersebut. Lantas, kami ke tempat bersejarah sekadar  menghabiskan masa  selepas lamanya tidak berkunjung ke sini. Puas berjalan, kami singgah menikmati cendol di Jam Besar , terus kami pulang dengan berbeca.