Salam Keharmonian , Tiap kali kita bangun dari tidur, seawal itu pun kita sudah ada pilihan ; mahu teruskan mimpi kita atau bangun dan realisasikan mimpi itu. Nak dijadikan cerita, dalam menjalani hidup kita sehari-hari, kita ada PILIHAN, maka buat lah pilihan, jangan disalahkan situasi atau keadaan yang berlaku, kerana kita ada pilihan. Terkini, isu bidan lelaki menyambut kelahiran dan tentang aurat wanita itu, ramai yang gemar memaki dan menyalahkan hospital kerajaan yang tidak menyediakan doktor atau bidan wanita. Lalu isu ini terus berpusing, ada yang berpendapat begitu, ada yang berpendapat begini. Hinggakan ada doktor yang berkecil hati dalam coretan nya berkata ".. yang sibuk pasal doktor laki menyambut kelahiran, aurat nya di luar tu dijaga ke?.." Kisahnya, kita kan ada pilihan, ada doktor wanita di hospital swasta, maka pergilah ke hospital swasta, mengapa nak disalahkan kerajaan yang tidak mencukupkan doktor wanita. Kalau isu nya mahal bayaran di hospital ...