Skip to main content

UJIAN WANITA ADALAH ...

Ujian Wanita Masa Kini.

Ramai wanita kita diuji dengan KESAKITAN. Bukan sahaja sakit fizikal yang bermacam nama nya, dengan kanser nya dengan ketumbuhan nya dengan kegagalan organ nya,juga dengan sakit emosi nya, dicurangi.

Ada wanita umurnya muda, sudah diuji dengan kanser, dengan kegagalan buah pinggang. Bukan mereka pinta namun ya itu namanya taqdir Allah, maka mahu tak mahu kita terima dan redha.

Namun, ramainya yang mula bertindak jadi pakar sakit atau doktor. Sibuk mencanang , oh inilah akibat tak berpantang lah , tak jaga makan lah, tak minum air kunyit jamu temulawak . Semua lengkap. 

Yang terdera tu emosi yang sakit, tapi lagi sakit jiwa bila mendengar ulasan orang yang tak bertauliah.

Pagi tadi, terdengar satu kuliah ustaz itu, Allah hadirkan sesuatu perkara tua asbab kerana hendak hamba-Nya membesarkan dan mengagungkan-Nya.

Ketika kita diuji dengan kesusahan, kita minta dilapangkan.

Ketika kita diuji dengan kesakitan, kita minta disembuhkan.

Ketika kita diuji dengan kesempitan, kita minta dikayakan.

Tapi, pembelajaran kita dari kisah Nabi Ayub, ketika diuji dengan tiga(3) ujian besar, 

1.Semua ternakan , tanaman nya musnah dimakan seranggga (kekayaan)

2. Semua anaknya mati serentak akibat runtuhnya bumbung rumah (anak-anak)

3. Sakit kulit yang sangat teruk (kesakitan)

Adakah Nabi Ayub memohon kelapangan ? TIDAK 

Tetapi Nabi Allah Ayub pula mengiktiraf Allahu ArhamurRahimin.

TIADA YANG LEBIH MENYAYANGI KITA MELAINKAN KASIH SAYANG ALLAH.


Maka, wanita ku sekalian, andai kita diuji dengan kesakitan zahir mahupun batin, sungguh Allah sangat menyayangimu. Dan Allah hanya mahu kita kembali kepada-Nya dengan menyerahkan sepenuhnya pengharapan kepada Allah.

Doaku buat kita semua, Ya Allah andai ada di antara kami yang sakit, Engkau sembuhkan lah ia agar kesembuhan ini dapat menjadikan mereka ini ibu ibu yang terus mendidik anaknya buat penyambung dakwah Rasullullah SAW.

#40haricabaranmenulis

#coretankasihbuatkenangan

#menulisuntukgratis






Comments

Popular posts from this blog

Lost

Allahu Akbar! Tak baik berasa kehilangan begitu sbb Allah tak suka hamba-Nya kehilangan kerana Allah sentiasa ada bersama.  Tapi diri ini tak kuat, bila tersadung, mesti mengaduh dan putus asa.  Cerita nya begini.... Supervisor kn menyuruh memberulkan full report dari segi english dan grammar and technical sentence. Maka telah mengupahkan orang yang offer servis betulkan english ( google dari internet). After negotiate, dia kata dia charge RM200.  Bila dah email, dia kata banyak nak btulkan (termasuk citation). Dia minta lagi extra charge RM250. Bila dah setuju, tawar2 gitu, dapatlah harga RM350.  Dalam 3 hari, dia send semula yang katanya dah diedit. OMG, similarity index nya sama je, malah lebih tinggi dari yang previous. Aduh. Dia tak nak mengaku. Dia kata perlukan RM500-RM600 untuk buat keseluruhan.. Terus cut-off. Malas nak berurusan lagi.  Send pada supervisor dengan rendah diri dengan memang dah tau bakal kena maki. Tapi sampai hari ni, dia tak respon2 lagi. Aduh marah sangat ke

Sehari Ke Singapura

Perjalanan bermula dari pukul 700 pagi , bergerak ke Tune Hotel untuk pick up Amar , dan terus ke JB Sentral. Kami perlu ada di san 30 minit sebelum tren berlepas kerana perlu pemeriksaan imegresen seperti biasa untuk melepasi sempadan. Tiket tren sehala adalah RM5, dan perlu dibeli awal kerana tiket ini sememangnya kerap habis. Bagi pembelian tiket ini, boleh sahaja online di website KTMB. Perjalanan menaiki tren ini amat mudah dan kondusif. Hanya mengambil masa selama 5 minit sahaja untuk melepasi sempadan negara. Wow, ini sangat menakjubkan. Selepas pemeriksaan kastam, dari situ kami menaiki shuttle bus ke Woodlands MRT Station. Ini kelakar, sebab kitaorang tak tahu nak bayar tambang. Haahaaa . Sebab tambang nya kena bagi duit cukup-cukup masuk ke daalm tabung. Lama la juga kami berkira-kira duit syiling sebab tambang nya 90 cent je per person. Sampai kat MRT Station, dah pandai beli tiket ke Rafles .. ( North Line ) ,line mrt kaler merah tu. Dan train ni berh