Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

#effyjalankehuahin part 1

Percutian berdua ngan Effa ini bermula dari 3-August-2018 hingga 6-August-2018. Tiket ke Hua Hin telah dibeli awal (bulan March) , sewaktu AirAsia mengadakan promosi pembukaan laluan baru ke Hua Hin. Jadinya, harga tiket untuk 2 orang, 2 hala adalah Rm500++ termasuk in-flight meals. Perjalanan ke Hua Hin dari KLIA2 adalah selama 2 jam ataupun lebih kurang 1jam 50minit. Namun kita mendapat lebihan 1 jam apabila sampai kerana waktu di Thailand adalah lewat sejam dari waktu di Malaysia. Samapi di Hua Hin Airport, terus ambil taxi untuk ke hotel. Hotel yang kakak booking ni namanya Stone Head. Harga nya dalam 100++ semalam, so dah booking untuk 3 malam terus. Hotel ini terletak di Pekan Hua Hin, bukan di Chaam. Harga taxi ke hotel adalah 500Bath (walaupun setapak je jaraknya). Dalam taxi tu, si driver tu offer le package untuk hantar kakak g visit tempat-tempat menarik di Hua Hin. So kakak pun setuju je lah. Dengan bayaran 1000Bath, kakak akan dibawa ke 4 tempat yang teratas  nama

Sehari Ke Singapura

Perjalanan bermula dari pukul 700 pagi , bergerak ke Tune Hotel untuk pick up Amar , dan terus ke JB Sentral. Kami perlu ada di san 30 minit sebelum tren berlepas kerana perlu pemeriksaan imegresen seperti biasa untuk melepasi sempadan. Tiket tren sehala adalah RM5, dan perlu dibeli awal kerana tiket ini sememangnya kerap habis. Bagi pembelian tiket ini, boleh sahaja online di website KTMB. Perjalanan menaiki tren ini amat mudah dan kondusif. Hanya mengambil masa selama 5 minit sahaja untuk melepasi sempadan negara. Wow, ini sangat menakjubkan. Selepas pemeriksaan kastam, dari situ kami menaiki shuttle bus ke Woodlands MRT Station. Ini kelakar, sebab kitaorang tak tahu nak bayar tambang. Haahaaa . Sebab tambang nya kena bagi duit cukup-cukup masuk ke daalm tabung. Lama la juga kami berkira-kira duit syiling sebab tambang nya 90 cent je per person. Sampai kat MRT Station, dah pandai beli tiket ke Rafles .. ( North Line ) ,line mrt kaler merah tu. Dan train ni berh