Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2018

Eiris Diana berpindah sekolah

Kisah pertukaran sekolah. __________________________ _____ Tulisan ini panjang. Bukan untuk menyalahkan sesiapa tetapi biar ia jadi pedoman dan panduan ibu bapa. Bagi yang terlibat secara langsung dalam arena penggubal cara sistem pendidikan, moga boleh diambil tindakan agar sistem pertukaran sekolah boleh ditambah baik. 1. Ibu bapa perlu mengemukakan permohonan pertukaran sekolah di pejabat sekolah lama. Akan mengambil masa 2-3 hari untuk disiapkan, beserta tandatangan guru besar dan juga mengambil kesemua fail murid termasuk laporan kesihatan dan laporan LINUS. Laporan akademik tidak disertakan kerana pihak sekolah/ guru boleh menyemak secara online sahaja via  https://sapsnkra.gov.my/ 2. Borang yang telah selesai ditandatangani oleh guru besar, perlu dibawa ke Pejabat Pendidikan DAERAH, tempat sekolah baru anak. Hal ini amat merumitkan kerana dalam borang dinyatakan Pejabat Pendidikan Negeri. Dalam borang juga hanya dinyatakan sertakan salinan SIJIL NIKAH, namun hakikatnya ini adala