Skip to main content

Posts

Showing posts with the label birthday

Birthday trip to Krabi.

Birthday kakak aritu, kita se famili bercuti ke Krabi. Kisahnya, Krabi ni dipilih kerana nak mengingat kembali memori kita se famili penah ke sana. Namun kali ini kita mahu lebih santai, mahu makan-makan dan bersiar-siar sahaja di Ao Nang town. Kita tidak ambil trip ke pulau, sebab dah pernah pergi dan tak mahu banyak masa dihabiskan untuk travel ke pulau sahaja. Semenjak tinggal di JB ni, perjalanan untuk ke KLIA2 bermula lebih awal, kita se famili bergerak dari JB jam 800 pagi terus menuju ke Kuala Lumpur. Namun sempat singgah sarapan di Machap juga makan tengah hari di Shah Alam. Keretanya kita parking di Station ERL Salak Tinggi dan ambil ERL ke KLIA2. Seronok betul Eiris dan Daafi menaiki ERL. Sampai di KLIA2, masih awal untuk masuk ke pintu perlepasan kerana urusan check-in telah dibuat seawal 2 minggu yang lalu lagi. Dan kita se famili tidak punya bagasi, semua hand-carry je. Murah kan. Dalam jam 300 petang tu, kita se famili masuk ke balai pelepasan dan bersolat ...

Birthday Celebration ; Eiris Diana

Ehh terlupa nak buat post pasal hari jadi kakak Nena. Teringat hari ni, sebab hari ni besday adik Daafi yang ke -1. Happy Birthday Daafi Sebenarnya hari jadi kakak Nena adalah pada 28-September-2013, tapi tu hari Sabtu dan mummy pun ade kelas pada hari tu. Tak de celebration pun kat rumah, cuma daddy belikan kakak Nena hadiah. Hadiah ni pun atas permintaan kakak Nena. Apalagi patung Barbie le. Apa yang dirancang ialah, nak adakan sedikit celebration kat tadika kakak Nena. Jadi, birthday celebration tu diadakan pada hari Isnin, 30-September-2013. Sebab nya, bila dia celebrate dengan rakan-rakan mesti lebih gembira kan. lagipun, nampaknya kawan-kawan kakak Nena selalu mengadakan celebration kat sekolah. Tiap hari kakak Nena mesti bawa balik goodies bag / jajan. Jadi malam Ahad tu, mummy sibuk nak sediakan goodies bag tu.Tapi mummy siapkan dalam bekas makanan. Kakak Nena pon membantu menyiapkan goodies bag tu. Ada Kek Apollo, Jelly , Roca & Apam Polkadot  Kakak...