Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2017

Effy is on Youtube !

Sesuatu yang baru.  Cerita nya.. Ikut Zisters How to be Single Again untuk Pyjamas Party di Dorsett Hotel Putrajaya. Tak sangka pula, ada shooting video untuk promote Medshoe. Huh, susah rupanya berlakon di hadapan lensa kamera. Banyak juga lah kena "re-take". Kerana akak tak menghayati watak dan tak pandang kamera. Hahaha Tetapi ini adalah pengalaman baru yang teramat indah. Mencuba sesuatu yang baru adalah sesuatu yang baik untuk hidup kita. Tidak lah nanti hidup kita membuat rutin yang sama. Bosan.  Banyak juga memori tercipta bersama rakan -rakan baru ini. Mereka sangat mahir dalam urusan "editing video" ini. Sangat hebat. Terkesima akak. Begitu detail kerja mereka. Hihihi. Siap ada scene kena make-up . huhu memang awkward le sangat  With the big-boss, Kak Ida . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Ini Video hasil shooting tu . Jangan kecam akak

Rezeki Itu Bukan Sekadar Wang Ringgit.

Rezeki. Cerita nya... Tiap kali kita memikirkan tentang rezeki itu, kita terus sahaja ternampak tanda ini $$$$ kan?  Namun pengertian rezeki ini teramat luasnya. Ini hadir bukan sekadar dalam bentuk material mahupun wang ringgit. Rezeki itu setiap mana yang Allah kurniakan kepada kita, contohnya, terkadang kita ( saya juga pembaca blog ini yang dihormati) terlepas pandang dengan kemampuan kita sekadar mengelipkan kelopak mata, menggerakkan  jari juga kemampuan untuk kentut.  Ramai daripada kita mengharapkan rezeki itu dari segi kewangan sahaja, namun direzekikan dengan keluarga bahagia juga suatu yang hebat, direzekikan dengan pasangan yang baik bukan yang sempurna juga anugerah terindah. Anak-anak sihat boleh bermain juga rezeki.  Cuba lihat, berapa ramai antara kita yang mengeluh hidup tidak tenteram, pasangan yang curang juga anak-anak yang kerap sakit. Yakin lah setiap bentuk pemberian Allah itu adalah rezeki. Rezeki itu hak mutlak Illahi. Dia boleh b

Tahun 2017

Assalamualaikum... Lama nya tak mencoret di blog ini. Tahun lepas pun (2016) sekadar 1 post. Mengapakah teruk betul prestasi penulisan ini. Mahu bersemangat semula menulis untuk blog ini. Sekurang-kurangnya , 5 posts seminggu. Ini KPI yang telah saya tetapkan. Menulis ini bukan sekadar syok sendiri, tetapi mahu menajamkan taraf penulisan juga menambahkan tatabahasa Melayu dengan baik. Juga harapan nya, ini boleh memberi inspirasi kepada orang lain. Moga saya menjadi manusia yang bermanfaat yang boleh memberi sedikit manfaat kepada orang lain. Dan doa nya juga, moga tahun 2017 ini menjadi tahun yang gemilang untuk saya dan keluarga juga sahabat-sahabat yang dikasihi semua. My man kata, tahun ini tahun UNGU/ VOILET