Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2015

Kelas Renang di Kompleks Renang Sri Siantan, Batu Caves

Sejak minggu lepas, Eiris Diana sudah memulakan kelas renang untuk setiap hujung minggu. Kelas ini dijalankan setiap hari tetapi kekangan masa, Eiris hanya pergi ke kelas pada hujung minggu sahaja. Eiris belajar empat kali sebulan dengan bayaran yuran sebanyak RM110 untuk sebulan. Kelas bimbingan ini daripada syarikat Sierra Bay Watch. Bayaran pendaftaran adalah sebanyak RM30 untuk sekali sahaja. Eiris akan ke keals kelas renang pada pukul 10 pagi. Kelas ini dijalankan selama 45 minit hingga ke satu jam. Sebelum bermulanya kelas, setiap pelajar perlu mempunyai baju renang sendiri, googles juga board. Peralatan ini tidak disediakan oleh pihak kelas, tetapi boleh disewa di sebuah kedai di situ. Kelas renang ini dijalankan di Kompleks Renang Sri Siantan, Batu Caves . Orang awam juga boleh menggunakan kemudahan di sini. Setiap kali hadir ke sini, kami akan datang awal setengah jam untuk Eiris dan Daafi bermain di kolam kanak-kanak. Di sini kanak-kanak boleh berma

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat hari raya diucapkan untuk semua. Mohon maaf atas segala kesilapan sepanjang kita bersahabat di alam maya ini. Hari raya tahun ini disambut secara sangat sederhana memandangkan cuti hari raya pun tak banyak kerana baru bertukar tempat kerja. Namun begitu, kemeriahan nya tetap terasa. Tema hari raya tahun ini "serba hitam". Hitam dengan bersongket lagi. Tahun ini hari raya pertama di rumah keluarga di Kota Tinggi. Sehari sebelum hari raya, sudah memulakan perjalanan pulang ke kampung bersama suami. Hehe anak-anak dah pualng sehari awal bersama pakcik dan sepupu nya. Ini kerana hari sebelum itu masih lagi bekerja tetapi anak-anak sudah bercuti sekolah, pihak taska pun dah menutup pintu. Hari Raya pertama, seperti biasa kami sekeluarga akan beraya di rumah kaum keluarga di Kota Tinggi. Sehingga malam masih lagi berziarah. Ehh inikan raya. Keesokan harinya, kami sudah memulakan perjalanan balik ke Muar. Pada malam tersebut telah diadakan hari keluarga di se

Pertandingan Nasyid pertama Eiris Diana

Semalam, 5/8/2015 Eiris Diana telah menyertai pertandingan nasyid di SK. Prima , Selayang untuk murid-murid pra-sekolah peringkat daerah Gombak. Seawal sebelum puasa lagi, guru dan murid-murid telah bersedia membuat latihan nasyid. Mereka menyampaikan 2 buah lagu; hahaha mummy tak ingat tajuk lagu tapi yang pasti lagu Alhamdulillah nyanyian Nora juga lagu kita zaman kekanak dulu .."tercipta satu lembaran sejarah... Mereka dipastikan memakai jubah/dress hitam. Jadi sempena dengan itulah, kami sekeluarga mengambil tema warna hitam sebagai warna tema hari raya tahun ini. Jadi senanglah, tak perlu nak mencari dress hitam lagi. Tudung untuk pertandingan ini ditaja oleh pihak sekolah. Jadi ibu bapa hanya perlu menyediakan dress hitam. Tapi ada seorang kawan Eiris Diana yang tidak mempunyai dress hitam. Kebetulan raya kali ini pakcik Eiris dari Qatar tu hadiahkan abaya hitam, boleh lah dipinjamkan kepada kawan Eiris itu. Seawal pukul 7 pagi, murid-murid telah berkumpul di seko