Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2018

Birthday trip to Krabi.

Birthday kakak aritu, kita se famili bercuti ke Krabi. Kisahnya, Krabi ni dipilih kerana nak mengingat kembali memori kita se famili penah ke sana. Namun kali ini kita mahu lebih santai, mahu makan-makan dan bersiar-siar sahaja di Ao Nang town. Kita tidak ambil trip ke pulau, sebab dah pernah pergi dan tak mahu banyak masa dihabiskan untuk travel ke pulau sahaja. Semenjak tinggal di JB ni, perjalanan untuk ke KLIA2 bermula lebih awal, kita se famili bergerak dari JB jam 800 pagi terus menuju ke Kuala Lumpur. Namun sempat singgah sarapan di Machap juga makan tengah hari di Shah Alam. Keretanya kita parking di Station ERL Salak Tinggi dan ambil ERL ke KLIA2. Seronok betul Eiris dan Daafi menaiki ERL. Sampai di KLIA2, masih awal untuk masuk ke pintu perlepasan kerana urusan check-in telah dibuat seawal 2 minggu yang lalu lagi. Dan kita se famili tidak punya bagasi, semua hand-carry je. Murah kan. Dalam jam 300 petang tu, kita se famili masuk ke balai pelepasan dan bersolat