Birthday kakak aritu, kita se famili bercuti ke Krabi. Kisahnya, Krabi ni dipilih kerana nak mengingat kembali memori kita se famili penah ke sana. Namun kali ini kita mahu lebih santai, mahu makan-makan dan bersiar-siar sahaja di Ao Nang town. Kita tidak ambil trip ke pulau, sebab dah pernah pergi dan tak mahu banyak masa dihabiskan untuk travel ke pulau sahaja.
Semenjak tinggal di JB ni, perjalanan untuk ke KLIA2 bermula lebih awal, kita se famili bergerak dari JB jam 800 pagi terus menuju ke Kuala Lumpur. Namun sempat singgah sarapan di Machap juga makan tengah hari di Shah Alam.
Keretanya kita parking di Station ERL Salak Tinggi dan ambil ERL ke KLIA2. Seronok betul Eiris dan Daafi menaiki ERL.
Sampai di KLIA2, masih awal untuk masuk ke pintu perlepasan kerana urusan check-in telah dibuat seawal 2 minggu yang lalu lagi. Dan kita se famili tidak punya bagasi, semua hand-carry je. Murah kan.
Dalam jam 300 petang tu, kita se famili masuk ke balai pelepasan dan bersolat jamak zuhur dan asar seterusnya terus menunggu flight ke Krabi jam 450 petang. Perjalanan mengambil masa 1jam, dan waktu di Thailand adalah lewat sejam dari waktu kita di Malaysia.
Sesampainya di airport, kakak terus membeli simkad Thai, juga membayar duit kereta sewa ke Aonang town. Semua hotel untuk 3 malam telah kakak booking melalui Airasia.go juga Agoda. Untuk malam pertama ini kami menginap di SunGuestHouse, di tengah Aonang Town.
Selesai mandi, kita sefamili bersiap untuk dinner. Huh lapar sungguh dan tak sabar untuk menikmati makanan Thai. Di Krabi ini, makanan Halal adalah sangat mudah ditemui. Sebelum itu, En Azman telah menyewa motosikal untuk kegunaan kami di sini.
Untuk dinner malam itu, kita se famili ke Bamboo Restaurant.
Dan setelah selesai makan, kita sefamili jalan-jalan menikmati angin malam dan akhirnya pulang ke guest house untuk tidur.
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi kita se famili sudah bangun untuk mencari sarapan. Sarapan pagi di Krabi sangat mudah didapati kerana umumny beragama Islam. Lebih lebih lagi di kawasan masjid Ao Nang.
Seterusnya, kita se famili bersiar-siar di Ao Nang town untuk berfoto. Juga sempat Eiris dan Daafi membeli sunglasses.
Kemudian, kita sefamili menaiki motosikal ke Fossil Beach atau mesra dikenali sebagai Shell CEmetery Beach yang berumur lebih daripada 75 juta tahun. Di dunia ini hanya terdapat 3 temoat sahaja yang memiliki Fossil Beach , iaitu di Chicago, USA, di Jepun juga di Krabi ini.
Pulang sahaja dari Fossil Beach, terus check-out kerana mahu ke hotel tempahan yang lain. Namun hampa, hotel tersebut berada di dalam hutan dan kawasan nya seperti tidak selamat. Ohh gambar di Agoda juga tidak boleh percaya. Dan kakak ambil keputusan menginap di hotel lain, Hasanah Palace. Hotelnya adalah Muslim operator juga menyediakan kolam renang.
Thari itu, en. Azman pergi bersolat Jumaat di Masjid Ao Nang, first time katanya dengar khutbah bahasa Siam. Pulang dari masjid, en. Azman bawa air kelapa juga pisang goreng untuk kami makan.
Petangnya, selepas keluar mencari makanan, akibat kelaparan tak makan tengahari, Eiris dan Daafi terus mandi di kolam renang. Itu memang kegemaran mereka.
Malamnya, kami bungkaus makanan dari gerai-gerai di kawasan masjid dan makan di kawasan Ao nang Night Market. Kawasan ini agak sukar memdapatkan makanan halal, tapi environment sangat menarik.
Selepas itu, kita se famili terus ronda-ronda waktu malam di Ao Nang town kerana ini malam terakhir kami di sini memandangkan esok kami akan ke Krabi.
Keesokan pagi nya, selepas menikmati sarapan, kakak dan en. Azman menunaikan janji kami kepada Eiris dan Daafi untuk menaiki gajah. Bukan sekadar menikmati "elephant trekking" , kami juga disajikan dengan "baby elephant show". Seronok betul mereka berdua.
Selesai itu, kami check out di hotel dan mencari tempat untuk lunch sebelum kami ke Krabi town. Ohh lunch kami kali ini amat istemewa, makan di atas tikar di tepian pantai. Makan seafood sahaja. Fuhh sedap.
Petangnya, kami ke Krabi dan menjelajahi bandar Krabi. Namun, Krabi tidak seperti Ao Nang yang banyak menyediakan makanan halal. Petang itu, kita se famili makan di pasar Krabi. Membeli buah-buahan dan air kelapa.
Menjelang petang, kami ke Krabi Night Market yang memang terkenal dan besar. Pelbagai cenderamata boleh didapati di sini. Juga makanan. Kali ini, kami ambil kesempatan membeli cenderamata untuk kawan-kawan Eiris sahaja juga barangan sialp mata untuk mereka. Ehh untuk Eiris dan Daafi.
Malamnya, kami makan di street food di tepi Sungai Krabi sebelum pulang untuk tidur di hotel. Kami perlu bangun awal pagi untuk ke airport dan menaiki pesawat kembali ke KL.
Sesampai nya di KL, terus ambil ERL ke Salak Tinggi , lunch di Bandar Salak Tinggi, terus pulang ke JB. Petang itu, Eiris ambil exam pertengahan tahun untuk sekolah agama.
Berakhirlah percutian kami sekeluarga ke Krabi, Thailand. Ia amat menyeronok kan kerana ini adalah percutian se famili untuk meraikan besday mommy .

Comments
Post a Comment
Thank you for reading.
Spread your Love here. :)