Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

Seni Balairong Seri

Sehebat nama nya, begitu jua apa yang difikirkan. Melangkah kaki ke kelas ini, hati ini berdebar bertanya, apakah konten yang bakal dibuka kan? Adakah mencari kewujudan sistem beraja Melayu? Adakah penggunaan kata-kata indah di hadapan tuanku? Adakah tentang tatacara bertemu tuanku? Sesungguhnya itu semua bukan seperti yang dijangka kan. Ia adalah tentang SENI BERUNDING dan BERURUSAN RASMI . Apakah itu? Adat budaya halus.  Suatu Seni untuk Mengetahui Apa yang Betul untuk dilakukan pada masa yang Betul dengan Cara yang Betul. Hidup ini jangan terlalu banyak berlagah. Banyak kan berdiam untuk lebih banyak memahami. Yang banyak bercerita itu lebih banyak ternampak lemahnya. Mengangguk untuk sesuatu yang bukan kita prinsip kan boleh jadi adalah batu loncatan untuk mereka mengkagumi kita. Kita jangan mudah sentap. Jangan terlalu ikut perasaan, semua nya mahu dibantah. Memenangkan seseorang untuk kita menang nampaknya sangat sukar. Namun andai kita bisa faham PERSONALITI

10 Facts about ME

Sepanjang berblog ni, sememangnya kurang entry yang berbentuk personal ( ayng meemng yang memang tentang diri sendiri). Kerna sindrom emak-emak yang sibuk bercerita tentang anak nya. Di sini ingin kakak kongsikan beberapa rahsia tentang diri kakak :) Satu . Kakak sememangnya anak sulung dalam keluarga. Yang terakhir (bongsu) adalah perempuan, selain itu semua lelaki. Tetapi kalau dilihat dari segi "kematangan" kakak lebih banyak dimanjakan. Macam semua perkara adalah tidak boleh mempercayai kakak. Semua bergantung kepada mereka. Ehh silap mereka yang terlebih ambil berat. Dua . Sangat anak ayah. Ayah akan memastikan segalanya tentang kakak. Bila ketika kakak punya masalah besar, dia adalah orang pertama yang kakak akan selesa berkongsi. Ayah sehingga kini akan memastikan kakak pergi kerja dengan selamat. Sehingga ke hari kakak bernikah, ayah masih lagi duduk bersama kakak. Zakat fitrah sehingga kakak menjadi isteri orang je yang dia tidak algi bayarkan. Tiga . Kakak

Cintai lah CINTA

Seringkali kala lidah mengungkapkan cinta, kita mengharapkan yang kita bakal jua dicintai. Namun ada  masa kita sangat menyimpan segala usaha untuk mencintai. Sesungguhnya untuk mendapatkan cinta, kita perlu membuka dahulu jendela hati kita untuk menerima cinta datang. Analogi nya mudah, mana mungkin sesuatu bisa masuk andai pintu nya masih kukuh terkunci? Justeru itu  kita juga perlu mempunyai cinta yang paling besar. Hanya dengan orbit cinta yang paling terbesar juga paling terkuat sahaja bisa menarik orbit cinta lain mengelilingi kita. Aturan ini sama sahaja dengan aturan bumi kita. Matahari yang mempunyai kuasa lebih besar mampu menarik planet seperti bumi mengelilingi dia. Begitu juga cinta. jadilah kita orbit yang kuat daya tarikan cintanya, kerna yang pasti orbit lain bakal mendekati kita. Kita belajar dahulu memberi cinta agar nanti kita akan menjadi pusat tarikan cinta yang menarik segala yang baik-baik sahaja. Belum pernah lagi tercatat yang buruk tentang cinta. Lal