Rezeki. Cerita nya... Tiap kali kita memikirkan tentang rezeki itu, kita terus sahaja ternampak tanda ini $$$$ kan? Namun pengertian rezeki ini teramat luasnya. Ini hadir bukan sekadar dalam bentuk material mahupun wang ringgit. Rezeki itu setiap mana yang Allah kurniakan kepada kita, contohnya, terkadang kita ( saya juga pembaca blog ini yang dihormati) terlepas pandang dengan kemampuan kita sekadar mengelipkan kelopak mata, menggerakkan jari juga kemampuan untuk kentut. Ramai daripada kita mengharapkan rezeki itu dari segi kewangan sahaja, namun direzekikan dengan keluarga bahagia juga suatu yang hebat, direzekikan dengan pasangan yang baik bukan yang sempurna juga anugerah terindah. Anak-anak sihat boleh bermain juga rezeki. Cuba lihat, berapa ramai antara kita yang mengeluh hidup tidak tenteram, pasangan yang curang juga anak-anak yang kerap sakit. Yakin lah setiap bentuk pemberian Allah itu adalah rezeki. Rezeki itu hak mutlak ...