Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Percutian ke Ipoh, Perak.

Bermula percutian kami sekeluarga ke Lost World of Tambun. Ini adalah percutian "family day"bagi company daddy. So mmg setiap tahun ada family day. Bermula aktiviti malam, berendam dalam hot spring (ini memang takde gambar sebab phone tinggal dalam bilik). Syok betul mandi air panas memalam. Esok pagi nya, selepas breakfast, company daddy memulakan aktiviti sukaneka untuk staff juga anak staff. Selepas itu, bermulalah aktiviti bebas mandi manda juga lawatan ke petting zoo. Seronok betul mereka bermain air dan melawat banyak haiwan. Sebelum check in hotel  Dalam gua ( dalam petting zoo) Annual Dinner  ( Jeans Theme )  Di hadapan Theme Park Keesokan harinya, kami menyambung percutian ke MAPS ( Movie Animation Park Studio). Review tentang tempat ini telah kakak tuliskan dalam FB kakak. Tempatnya gah namun masih banyak lagi yang perlu ditambah baik, boleh baca disini   https://www.facebook.com/effy.azman/posts/1805099002852502 Banayk gambar-gamba

Honeymoon Ke Phuket, Thailand

Percutian ini hanya kakak dan suami, hahah dah nama tajuk nya honeymoon kan. takkan bawa sekeluarga. Cerita sebenarnya, inilah first time g honeymoon, dulu-dulu lepas kahwin lom ada duit cam bebudak sekarang, sempat g tidur kat First World Hotel je. Ok, balik kepada cerita ke Phuket, tiket kapal terbang beli dari Nik Anne, so dapat tiket murah, return tiket cuma RM300 je. Date yang kami pilih tu sehari selepas Hari Raya Haji, 2/9/2017. Sebelum tu dah tinggalkan kedua-dua anak di Kota Tinggi, balik beraya di rumah suami di Segamat pun berdua je. Pagi 2/9/2017 tu gerak dari Segamat untuk berkemas . Dalam pukul 11 tu, kami ke Chowkit untuk tukar duit Bath. Kami tukar sebanyak Rm1000 dan dapatlah 8000 Bath. Seterusnya kami, parking kereta di Putrajaya Sentral, atas alasan balik nanti kami perlu segera pulang ke Johor sebab keesokan hari tu, suami kakak bekerja dan nak ambil anak-anak untuk kembali bersekolah. Tiket ERL dari Putrajaya Sentral ke KLIA2 adalah Rm9.80 sehala. E