Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2014

Kanser bukan kudis buta

Salam keharmonian, Pagi ini, seorang rakan rapat yang pernah makan lauk yang sama, mandi air yang sama dan tidur se-dorm yang sama menulis coretan seperti tajuk di atas. Apakah maksudnya? Rakan itu mengibaratkan yang walaupun mempunyai kanser, tapi itu bukan kudis untuknya. Dia tetap tabah menghadapi jalan hidupnya. Menurut coretan ringkasnya, beliau bakal menjalani  pembedahan pada esok hari, dan seterusnya akan menjalani " chemotherapy " sehingga selesai semua sel-sel kanser tersebut. Hanya titipan doa sahaja yang bisa dikirimkan untuk nya. Lalu secebis nota ditulis untuknya daripada lubuk hati yang paling dalam. Semoga selamat semuanya teman. Inilah bait-bait kata yang telah dikirimkan untuk nya: - Secebis nota buat kawan sebaik anda- Biarpun hidup diselimuti kesedihan akibat berita luaran, namun semangat dalaman adalah terhebat. Yang terpenting saat ini, tabahlah sahabat, kuatkanlah tekad, pasak kan lah iktiqad, bahawa yang terkesan adalah SIHAT.

Vision Board

Salam Keharmonian , Satu kemestian bagi orang yang berjaya, samada MAHU berjaya, BERJAYA atau TELAH berjaya, mereka ada " vision ". Vision ini secara literal adalah penglihatan ; nampak . Dan secara maksudnya, apa yang kita akan nampak di hadapan sebagai cit-cita kita, target kita. Bukan sekadar manusia sahaja perlu ada " vision " ini, negara MALAYSIA yang kita cintai ini juga mempunyai Vision 2020 atau Wawasan 2020 yang mana ia telah dipasak kan di hati dan minda rakyat nya selama berpuluh tahaun tahun bahawa ia perlu dicapai pada tahun 2020. Dan, " vision" ini sentiasa diulang-ulang. Kerana apa?? Kerana, otak separuh sedar (sub-conscious brain) kita perlu kepada ulangan dan dia akan simpan sebagai sesuatu yang sebenar. Dan kehebatan otak separa sedar ini sangat hebat 90% daripada otak sedar yang hanya berfungsi setakat 10% daripada keseluruhan fungsi otak. Atas sebab itu, satu " vision board " telah diwujudkan bagi merangsang otak

Pelan Tindakan Daripada Seorang Jurutera Kepada Pengurus Projek

Salam Keharmonian, Sebagai seorang jurutera, cita-cita tertinggi kita adalah menjadi pengurus projek. Bermula dengan langkah seorang jurutera muda, kita belajar kesemua pelan dengan terperici (detail design), kesemua spesifikasi (specification). Kemudian bila kita mula boleh berdiri sendiri mengendalikan projek daripada peringkat perancangan sehingga ke peringkat penyerahan kepada "end user" , maka kita layak digelar penguirus projek muda. Namun perjalanan ke tahap itu sudah tentu nya memakan masa dan tenaga. Selain daripada jurusan kita sahaja yang perlu diambil kira, kita perlu mendalami kesemua aspek dalam pembinaan. Sebagai contoh, kita seorang jurutera awam, maka kita perlu tahu memahami  serba sedikit tentang bahagian arkitek, bahagian elektrik juga sedikit tentang kontrak. Dalam pelan tindakan itu, beberapa ciri jurutera perlu diterapkan iaitu: Berdaya saing  [COMPETENT] Bersungguh      [COMMITTED] Dipercayai       [CREDIBLE] Berwatak          [CHARACTER]

Mencari Chinta

Salam keharmonian, Teringat kata cikgu June / #junewriter.. Katanya, mari mencari chinta.. Tapi cinta yang bagaimana?  Jenis cinta yang kita pilih ini jika tidak berhati-hati pasti mengundang masalah di kemudian hari.  Ahkak juga sedang mencari chinta. Cinta hakiki. Kembali mencari jalan pulang. Kekadang kita terbabas di jalan sendiri, dan bila ada orang menegur baru kita tersedar kembali.  Cerita nya begini.. Ahkak telah menjumpai satu group di fb yg nak kan kita habiskan satu juzuk Alquran seminggu. Bila kita ada sekawan ber-tiga puluh orang, jadi setiap minggu, kita akan khatam Alquran. Setiap 30 minggu / 7 bulan 2 minggu kita sendiri akan khatam Alquran.  Memang nampak usaha ini kecil, tapi ahkak ni baca Alquran pun sedikit sangat berbanding kurniaan yg Allah dah beri. Jadi mulakan dengan langkah yang kecil, tetapi ia bisa membesar. Moga ada saudari-saudara yang mahu bersama-sama. WallahuAlam

Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua.  Daripada : Effy & Family