Percutian ini hanya kakak dan suami, hahah dah nama tajuk nya honeymoon kan. takkan bawa sekeluarga.
Cerita sebenarnya, inilah first time g honeymoon, dulu-dulu lepas kahwin lom ada duit cam bebudak sekarang, sempat g tidur kat First World Hotel je.
Ok, balik kepada cerita ke Phuket, tiket kapal terbang beli dari Nik Anne, so dapat tiket murah, return tiket cuma RM300 je.
Date yang kami pilih tu sehari selepas Hari Raya Haji, 2/9/2017. Sebelum tu dah tinggalkan kedua-dua anak di Kota Tinggi, balik beraya di rumah suami di Segamat pun berdua je.
Pagi 2/9/2017 tu gerak dari Segamat untuk berkemas . Dalam pukul 11 tu, kami ke Chowkit untuk tukar duit Bath. Kami tukar sebanyak Rm1000 dan dapatlah 8000 Bath.
Seterusnya kami, parking kereta di Putrajaya Sentral, atas alasan balik nanti kami perlu segera pulang ke Johor sebab keesokan hari tu, suami kakak bekerja dan nak ambil anak-anak untuk kembali bersekolah.
Tiket ERL dari Putrajaya Sentral ke KLIA2 adalah Rm9.80 sehala.
|
ERL tu |
Kami tiba di KLIA2 pukul 230 gitu. Terus masuk untuk pemeriksaan imegresen . Dan terus solat jamak zuhur dan asar.
|
Jerawat memang suka ikut jenjalan |
|
dUCk pun g Phuket la |
Dalam pukul 415 , flight pun bergerak la ke Phuket, dan percutian ini pun bermula :)
|
Dalam flight |
Perjalanan ini mengambil masa sejam lebih, dan tiba di sana sudah pukul 430 ptg ( masa di sana lewat sejam dari local time). Ohh, Phuket International Airport dah bertukar, dulu dia hanya gunakan domestic airport je, so kini lebih luas.
|
Dah sampai Phuket |
|
Kereta yang akan bawa ke Patong Beach |
|
Orang kat airport yang bagi pakej ape ntah. Nasib baik tak kena tipu |
Perjalanan ke Patong Beach mengambil masa selama 1 jam. Kebetulan di airport, kakak disapa satu agensi bagi kenderaan ke Patong ngan free, bagi tiket ke FantaSea juga free. So ambil je la.
Hotel untuk 3 hari di sini dah kakak tempah melalui Agoda. Ye hotel murah je. Yang tak tersangka harga nya . kalau kat Malaysia memang tak dapat harga tu.
Malam nya, kami mula explore Patong. Kami menyewa motor sahaja. Sangat jimat. Sehari hanya 200Bath, dalam RM25 la.
|
Dinner kami malam tu. |
Dinner or makan kat Phuket ni tak yah susah hati. Memang ramai Muslim dan Halal. Cari je masjid dan pasti ada kedai halal banyak sebelah tu.
Dinner malam tu sangat sedap, green curry, tapi husband kakak tak tahan pedas. Then, kita ronda-ronda Bangla Walking Street, inilah tempat segala macam tarian , bogel punya orang ada. Haha menakutkan.
|
Atas tu ada tarian bogel |
|
Makan ice cream kelapa |
Hari Yang Kedua.
Pagi-pagi kakak dah bersedia nak mencari sarapan, kami menuju Kerala Beach. Nak cari street food je,yang pasti kena cari teh ais.
So breakfast pagi kami adalah teh ais juga pulut ayam. Sedap yang teramat. Gambar pulut ayam tak sempat snap, dah abis.
|
Dapat dah teh ais |
|
Jumpa gajah tepi jalan |
Kisahnya, kitaorang tapau makanan tu, cari port atas bukit, dan makan. So memang view cantik je kan.
Thari nya, kami pulang ke hotel untuk checkout, dan masuk ke hotel lain. Hahaha kakak sengaja booking pelbagai hotel, mana tau hotel tu best ke tidak, tapi secara keseluruhan nya semua hotel yang kakak tinggal memang best .
|
Hotel hari kedua, yang pertama tu lupa nk snap gambar, sebab sampai pun dah malam :) |
Kemudian, di panas hari tu, kami ke Karon Beach. Untuk bersiar-siar dan mencari makanan.
|
Tudung komot , Thailand tak sediakan iron |
Cuaca di Phuket sangat panas, habislah terbakar muka kami. lagi lah dengan naik motobike je, memang hitam lah. Ditambah cuaca yang panas ni, kami kerap sangat membeli jus. lagi-lagi mango juice, harga cuma 40 Bath, sama dengan RM5 la.
|
Mango juice |
Malamnya, kami keluar setelah cuaca sedikit sejuk untuk makan malaam dan jalan-jalan. Masih berjalan di sekitar Patong Beach.
|
Cari Juice lagi |
|
Senja |
|
Pancake |
|
Dinner ; Tomyum |
|
Kopi |
Hari Ketiga.
Berpagian, masih mencari street food, kami ke Kerala Beach untuk breakfast. Tapi pagi ni kami makan di warung, nasi , sup daging dan kupang sambal lada. Wow teringat kupang tu, sedap nya.
|
Kupang yang wow |
Seterusnya, kami pulang ke hotel kerana menunggu diambil oleh satu agen untuk satu presentation. Untuk join membership tu. Nama membership ANANTARA. ada banyak resort di seluruh dunia, tapi takkan lah kakak ini akan subscribe kan, sedangkan astro pun kakak dah potong. Hahaha.
Walaupun tak join membership tu, kakak diberi tiket free ke FANTASEA ( 2pax) beserta makan malam (yes!!!!) juga voucher 1000Bath untuk di enjoy kan. Nasib lah tak kena con. Tetapi mereka tak sedar, yang kakak punya kuasa persuade lagi hebat daripada mereka. kakak kan ratu NLP. boleh baca gaya lenggok badan.
|
Yang baju purple tu boss yang nak persuade kakak, haahaaa patut belajar NLP dulu |
|
ANANTARA Resort. memang hebat |
|
Dalam kereta ( Exora ) je yang ambil kitaorang g presentation |
Tengahari selepas pulang tu, kami meneruskan pengembaraan. Pergi tengok Bungee Jumping, hahaa kakak memang tidak lah nak buat kan. Tengok tiger di Tiger Kingdom, tapi tak masuk pun, sebab tiket mahal, macam tak berbaloi je semata mata nak bergambar dengan tiger.
Yang tidak dapat dilupakan, menaiki gajah. Wah menakutkan but yet, a new experience to enjoy together.
Yang seronok nya, sebelah petang, kami dijemput untuk menyaksikan pertunjukan di Fanta Sea. Ini termasuk makan malam. Untuk Muslim, dikhaskan makanan halal, so takyah nak was-was untuk bercuti di Phuket.
FantaSea ni memang one stop center, taman -taman gitu. Ada gajah juga, ada show dalam dewan dan ramai sangat orang, tapi yang tak best nya, phone or camera semua kena tinggal kat luar, semata mata nak pastikan show tu tidak dirakam.
|
Dalam kereta yang membawa kami ke FantaSea |
|
So nIce |
|
Tiket Masuk |
|
Sebelum masuk |
|
Muslim Food |
Pulangnya, kami menghabiskan voucher 1000Bath itu dengan massage di Pimnara Spa, ini bukan yang tepi-tepi jalan tu ye. Hahaha. Selesai ber massage, kami ke tepi pantai lagi untuk supper. Super sedap ikan bakar dan udang bakar.
|
Gambar ini je sudah, gambar massage, takde |
|
Sedap nya ikan bakar ni |
Hari terakhir.
Hari ini, extend bilik hotel, sebab nak ke airport pukul 5 petang memandangkan flight adalah jam 10 malam. Ohh lupa nak tunjuk gambar bilik. Hotel ni beserta breakfast, tapi tak makan sangat, sebab was-was.
Pagi-pagi pergi sarapan , dan jalan-jalan untuk last shopping. ada lah beli sedikit jajan untuk Eiris dan Daafi. Hahaha beli boxing punya tangan tu.. Ntah panggil apa.
|
Nutella Pancake dan teh ais |
Pagi tu, encik suami terus bekerja, kakak dengan kegagahan mengantuk, ambil anak terus pulang ke Kuala Lumpur. Syukur, kami sampai dalam pukul 11 pagi dan mereka terus ke sekolah. Kakak seperti biasa, berehat dan mendobi pakaian.
** pengalaman yang sangat indah. Suami isteri perlu ada masa berdua -dua an kembali. Mengikat kembali jalinan cinta. kita perlu bercinta kembali.
Comments
Post a Comment
Thank you for reading.
Spread your Love here. :)