Skip to main content

Bila Daafi masuk wad

Remember the previous entry? Ala yang ttg tetibe dapat SMS kan.

Hah on the same day , g bawak Daafi check up and yes he need to be admitted. 

Sebab2 masuk hospital,Daafi perlu diberi gas (neb) dalam 2 jam sekali dan amik antibiotik.. Aduhhh sedih ahkak nengok kan tangan Daafi kena cucuk. 


First nite tido, Mommy yang nangis sedih 

Malam yang first day, every 2 hours, datanglah nurse, bawak corong neb tu. Daafi mesti nangis, bukan sebab sakit tapi sebab rimas kot. 

The next morning, huh the toughest part, nak kena puasa 2 jam. Demn. Budak kecik cm Daafi tu yg memang 24-7 dok nak menyusu ngan mommy nye.. Terpaksa lah alihkan attention dia. Ajak main lah, tgk ikan lah, tapi berapa lama. Daafi kena puasa sebab nak buat tepuk kahak (percussion) bole search kat youtube cemano dia tepuk. Tujuan nya nak longgarkan kahak kat dada Daafi tu. Pastu nak kena sedut kahaknya. Ni lahi satu benda susah. Andai nya bayi masih diberi susu, takut bayi tersedak ketika ditepuk. Ohh itu lagi haru, tak nak ahkak Daafi masuk ICU. Jadi kena kuat tak boleh bagi susu dalam masa 2 jam. 

Bawa Daafi tgk fish

Meraung kena tepuk

So hari kedua, pengambilan neb dikurangkan kepada 3 jam sekali. Ubat makan dan ubat antibiotik masuk kat tangan tu tetap ada ye. Kesian nengok kan Daafi, tiap kali nurse datang, mesti menyorok, macam takut sangat, padshal tak sakit ape pun, tapi ahkak percaya dia sangat FOBIA.

Tapi Daafi masih aktif bermain sampsi ter-darah mulut akibat terjatuh dari kerusi; kerana melompat. 

Tersenyum 

Bibir berdarah

Bila dah masuk hari ketiga, neb dah jadi 4 jam sekali. Tepuk dan sedut kahak masih dilakukan.






Dan akhirnya, pada hari Jumaat baru dapat discharge. Itu pun minta nak balik. Huhu gile bil hospital dah beribu. Bayar sendiri, takde insurans. Company pun tak cover.

Dan seterusnya Daafi harus diberi perhatian khusus. Penjagaan rapi perlu bagi memastikan Daafi tidak dijangkiti asthma yang teruk (tak bole dirawat) atau jangkitan peparu. 



Comments

Popular posts from this blog

Sehari Ke Singapura

Perjalanan bermula dari pukul 700 pagi , bergerak ke Tune Hotel untuk pick up Amar , dan terus ke JB Sentral. Kami perlu ada di san 30 minit sebelum tren berlepas kerana perlu pemeriksaan imegresen seperti biasa untuk melepasi sempadan. Tiket tren sehala adalah RM5, dan perlu dibeli awal kerana tiket ini sememangnya kerap habis. Bagi pembelian tiket ini, boleh sahaja online di website KTMB. Perjalanan menaiki tren ini amat mudah dan kondusif. Hanya mengambil masa selama 5 minit sahaja untuk melepasi sempadan negara. Wow, ini sangat menakjubkan. Selepas pemeriksaan kastam, dari situ kami menaiki shuttle bus ke Woodlands MRT Station. Ini kelakar, sebab kitaorang tak tahu nak bayar tambang. Haahaaa . Sebab tambang nya kena bagi duit cukup-cukup masuk ke daalm tabung. Lama la juga kami berkira-kira duit syiling sebab tambang nya 90 cent je per person. Sampai kat MRT Station, dah pandai beli tiket ke Rafles .. ( North Line ) ,line mrt kaler merah tu. Dan train ni berh...

Boutique Hotel

Boutique Hotel is the preferred one to stay if we go for vacation. The rate is cheap compared to (star-star) hotel but the condition and environment is really nice and can compete with the (****) hotel. This is G Inn Hotel at Jalan Macalister in Penang. Many tourist also love to stay this heritage hotel. We meet tourist from England, they are their way to Phuket, and stay 2 days in Penang.  And this is the model of the day

UJIAN WANITA ADALAH ...

Ujian Wanita Masa Kini . Ramai wanita kita diuji dengan KESAKITAN. Bukan sahaja sakit fizikal yang bermacam nama nya, dengan kanser nya dengan ketumbuhan nya dengan kegagalan organ nya,juga dengan sakit emosi nya, dicurangi. Ada wanita umurnya muda, sudah diuji dengan kanser, dengan kegagalan buah pinggang. Bukan mereka pinta namun ya itu namanya taqdir Allah, maka mahu tak mahu kita terima dan redha. Namun, ramainya yang mula bertindak jadi pakar sakit atau doktor. Sibuk mencanang , oh inilah akibat tak berpantang lah , tak jaga makan lah, tak minum air kunyit jamu temulawak . Semua lengkap.  Yang terdera tu emosi yang sakit, tapi lagi sakit jiwa bila mendengar ulasan orang yang tak bertauliah. Pagi tadi, terdengar satu kuliah ustaz itu, Allah hadirkan sesuatu perkara tua asbab kerana hendak hamba-Nya membesarkan dan mengagungkan-Nya. Ketika kita diuji dengan kesusahan, kita minta dilapangkan. Ketika kita diuji dengan kesakitan, kita minta disembuhkan. Ketika kita diuji dengan kes...