Skip to main content

Posts

Birthday trip to Krabi.

Birthday kakak aritu, kita se famili bercuti ke Krabi. Kisahnya, Krabi ni dipilih kerana nak mengingat kembali memori kita se famili penah ke sana. Namun kali ini kita mahu lebih santai, mahu makan-makan dan bersiar-siar sahaja di Ao Nang town. Kita tidak ambil trip ke pulau, sebab dah pernah pergi dan tak mahu banyak masa dihabiskan untuk travel ke pulau sahaja. Semenjak tinggal di JB ni, perjalanan untuk ke KLIA2 bermula lebih awal, kita se famili bergerak dari JB jam 800 pagi terus menuju ke Kuala Lumpur. Namun sempat singgah sarapan di Machap juga makan tengah hari di Shah Alam. Keretanya kita parking di Station ERL Salak Tinggi dan ambil ERL ke KLIA2. Seronok betul Eiris dan Daafi menaiki ERL. Sampai di KLIA2, masih awal untuk masuk ke pintu perlepasan kerana urusan check-in telah dibuat seawal 2 minggu yang lalu lagi. Dan kita se famili tidak punya bagasi, semua hand-carry je. Murah kan. Dalam jam 300 petang tu, kita se famili masuk ke balai pelepasan dan bersolat ...

Eiris Diana berpindah sekolah

Kisah pertukaran sekolah. __________________________ _____ Tulisan ini panjang. Bukan untuk menyalahkan sesiapa tetapi biar ia jadi pedoman dan panduan ibu bapa. Bagi yang terlibat secara langsung dalam arena penggubal cara sistem pendidikan, moga boleh diambil tindakan agar sistem pertukaran sekolah boleh ditambah baik. 1. Ibu bapa perlu mengemukakan permohonan pertukaran sekolah di pejabat sekolah lama. Akan mengambil masa 2-3 hari untuk disiapkan, beserta tandatangan guru besar dan juga mengambil kesemua fail murid termasuk laporan kesihatan dan laporan LINUS. Laporan akademik tidak disertakan kerana pihak sekolah/ guru boleh menyemak secara online sahaja via  https://sapsnkra.gov.my/ 2. Borang yang telah selesai ditandatangani oleh guru besar, perlu dibawa ke Pejabat Pendidikan DAERAH, tempat sekolah baru anak. Hal ini amat merumitkan kerana dalam borang dinyatakan Pejabat Pendidikan Negeri. Dalam borang juga hanya dinyatakan sertakan salinan SIJIL NIKAH, namun hakikatnya ini a...

Percutian ke Ipoh, Perak.

Bermula percutian kami sekeluarga ke Lost World of Tambun. Ini adalah percutian "family day"bagi company daddy. So mmg setiap tahun ada family day. Bermula aktiviti malam, berendam dalam hot spring (ini memang takde gambar sebab phone tinggal dalam bilik). Syok betul mandi air panas memalam. Esok pagi nya, selepas breakfast, company daddy memulakan aktiviti sukaneka untuk staff juga anak staff. Selepas itu, bermulalah aktiviti bebas mandi manda juga lawatan ke petting zoo. Seronok betul mereka bermain air dan melawat banyak haiwan. Sebelum check in hotel  Dalam gua ( dalam petting zoo) Annual Dinner  ( Jeans Theme )  Di hadapan Theme Park Keesokan harinya, kami menyambung percutian ke MAPS ( Movie Animation Park Studio). Review tentang tempat ini telah kakak tuliskan dalam FB kakak. Tempatnya gah namun masih banyak lagi yang perlu ditambah baik, boleh baca disini   https://www.facebook.com/effy.azman/posts/1805099002852502 Banay...

Honeymoon Ke Phuket, Thailand

Percutian ini hanya kakak dan suami, hahah dah nama tajuk nya honeymoon kan. takkan bawa sekeluarga. Cerita sebenarnya, inilah first time g honeymoon, dulu-dulu lepas kahwin lom ada duit cam bebudak sekarang, sempat g tidur kat First World Hotel je. Ok, balik kepada cerita ke Phuket, tiket kapal terbang beli dari Nik Anne, so dapat tiket murah, return tiket cuma RM300 je. Date yang kami pilih tu sehari selepas Hari Raya Haji, 2/9/2017. Sebelum tu dah tinggalkan kedua-dua anak di Kota Tinggi, balik beraya di rumah suami di Segamat pun berdua je. Pagi 2/9/2017 tu gerak dari Segamat untuk berkemas . Dalam pukul 11 tu, kami ke Chowkit untuk tukar duit Bath. Kami tukar sebanyak Rm1000 dan dapatlah 8000 Bath. Seterusnya kami, parking kereta di Putrajaya Sentral, atas alasan balik nanti kami perlu segera pulang ke Johor sebab keesokan hari tu, suami kakak bekerja dan nak ambil anak-anak untuk kembali bersekolah. Tiket ERL dari Putrajaya Sentral ke KLIA2 adalah Rm9.80 sehala. E...