Skip to main content

Posts

Percutian Ke Batam , Indonesia.

Pulau Batam antara pulan jajahan Riau yang paling hampir dengan Malaysia dan Singapura. Namun, kerana ia ditakluki oleh Republik Indonesia, maka matawang nya masih menggunakan Rupiah. Namun, kebanyakan urusan jual beli di sana mahu kan Singapore Dollar. Pada 4/8/2017, kakak sekeluarga juga mak, ayah, adik perempuan juga 2 anak saudara telah bercuti hujung minggu ke Batam. Perjalanan dari Bandaraya Johor Bahru ke Pulau Batam adalah menaiki feri.  Untuk harga tiket dan juga jadual perjalanan, boleh lah ke website Berjaya Waterfront Fery Terminal  Terminal Ferry, Stulang Laut  Perjalanan dari Stulang  Laut ke Batam Terminal Center mengambil masa 2 jam. Dalam feri tersebut, tidak  banyak pun aktiviti yang boleh dijalankan, selain tidur :) Boleh naik ke atas fery, untuk berposing Setibanya di Batam Cental, waktu sudah maghrib . Batam Central Kakak terus mendapat kan kereta sewa dan supir. Waduh mahal sekali, kereta beserta supir...

Jalan-jalan di Kota Singa

Hari Raya kedua yang lepas, kakak , suami dan anak-anak berjalan pusing Kota Singa. Tujuan nya sekadar mahu habiskan cuti dan juga ambil kesempatan lawat Kota Singa kerana ramai muslim Kota Singa yang turun ke Johor Bahru. Maka kami menongkah arus. Di hadapan USS Kami hanya menghabiskan masa di Pulau Sentosa juga Merlion Bay. Ada beberapa video menarik yang akan kakak kongsikan nanti (tak sempat transfer dari  telefon).

Open Water Diver

Salam semua.. Lama juga tak mencoret kan sesuatu di laman blog ini. Bukan kerana kesibukan tetapi kerana kemalasan. Namun di usia 35 tahun ini ada juga pencapaian :). Telah ditabalkan wah... sebagai open water diver. Kisahnya, ia sebenarnya memang suatu impian yang tertunda. Lama benar berimpi kan mahu mempunyai lesen menyelam ni, tiap kali pergi snorkeling, pasti terfikir mahu diving. Juga, sangat sukakan hidupan laut, suka nya tengok pelbagai jenis ikan berenang -renang. Namun, ketakutan kakak adalah pada air juga kakak tidak pandai berenang. Oh apakah mampu terlaksana? Atas kekuatan , gagah juga menjalani semua ujian untuk mendapatkan lesen. Ia terbahagi 2, cofined confined water ( 6m) juga open water (12m-18m). Ia boleh dilakukan terus di pulau, namun kakak menjalani ujian confined water di kolam renang sahaja. Kemudian, habis sesi di kolam renang, baru ke pualu untuk sesi open water. Di pulau (Pulau Perhentian) , selama 2 hari menjalani sesi open water . Terbakar k...