Skip to main content

Open Water Diver

Salam semua..

Lama juga tak mencoret kan sesuatu di laman blog ini. Bukan kerana kesibukan tetapi kerana kemalasan.

Namun di usia 35 tahun ini ada juga pencapaian :). Telah ditabalkan wah... sebagai open water diver.

Kisahnya, ia sebenarnya memang suatu impian yang tertunda. Lama benar berimpi kan mahu mempunyai lesen menyelam ni, tiap kali pergi snorkeling, pasti terfikir mahu diving.

Juga, sangat sukakan hidupan laut, suka nya tengok pelbagai jenis ikan berenang -renang.

Namun, ketakutan kakak adalah pada air juga kakak tidak pandai berenang. Oh apakah mampu terlaksana?

Atas kekuatan , gagah juga menjalani semua ujian untuk mendapatkan lesen.

Ia terbahagi 2, cofined confined water ( 6m) juga open water (12m-18m). Ia boleh dilakukan terus di pulau, namun kakak menjalani ujian confined water di kolam renang sahaja. Kemudian, habis sesi di kolam renang, baru ke pualu untuk sesi open water.

Di pulau (Pulau Perhentian) , selama 2 hari menjalani sesi open water . Terbakar kulit tu sememangnya wajib.

Namun, kepuasan bagi yang memahami dan meminati aktiviti menyelam ini, amat besar kegembiraan nya.

Buddy Check 

Sesi ujian open water

Buddy Check 

Naik bot 
 


Dan akhirnya, BERJAYA!



With teammate & Instructor

Certification... Temporary  

..
.
.
.
.
..
..
..
.
.
.
..
.
..
.

Yes . The Original is ready 

Comments

Popular posts from this blog

Kelas Renang di Kompleks Renang Sri Siantan, Batu Caves

Sejak minggu lepas, Eiris Diana sudah memulakan kelas renang untuk setiap hujung minggu. Kelas ini dijalankan setiap hari tetapi kekangan masa, Eiris hanya pergi ke kelas pada hujung minggu sahaja. Eiris belajar empat kali sebulan dengan bayaran yuran sebanyak RM110 untuk sebulan. Kelas bimbingan ini daripada syarikat Sierra Bay Watch. Bayaran pendaftaran adalah sebanyak RM30 untuk sekali sahaja. Eiris akan ke keals kelas renang pada pukul 10 pagi. Kelas ini dijalankan selama 45 minit hingga ke satu jam. Sebelum bermulanya kelas, setiap pelajar perlu mempunyai baju renang sendiri, googles juga board. Peralatan ini tidak disediakan oleh pihak kelas, tetapi boleh disewa di sebuah kedai di situ. Kelas renang ini dijalankan di Kompleks Renang Sri Siantan, Batu Caves . Orang awam juga boleh menggunakan kemudahan di sini. Setiap kali hadir ke sini, kami akan datang awal setengah jam untuk Eiris dan Daafi bermain di kolam kanak-kanak. Di sini kanak-kanak boleh berma...

Sehari Ke Singapura

Perjalanan bermula dari pukul 700 pagi , bergerak ke Tune Hotel untuk pick up Amar , dan terus ke JB Sentral. Kami perlu ada di san 30 minit sebelum tren berlepas kerana perlu pemeriksaan imegresen seperti biasa untuk melepasi sempadan. Tiket tren sehala adalah RM5, dan perlu dibeli awal kerana tiket ini sememangnya kerap habis. Bagi pembelian tiket ini, boleh sahaja online di website KTMB. Perjalanan menaiki tren ini amat mudah dan kondusif. Hanya mengambil masa selama 5 minit sahaja untuk melepasi sempadan negara. Wow, ini sangat menakjubkan. Selepas pemeriksaan kastam, dari situ kami menaiki shuttle bus ke Woodlands MRT Station. Ini kelakar, sebab kitaorang tak tahu nak bayar tambang. Haahaaa . Sebab tambang nya kena bagi duit cukup-cukup masuk ke daalm tabung. Lama la juga kami berkira-kira duit syiling sebab tambang nya 90 cent je per person. Sampai kat MRT Station, dah pandai beli tiket ke Rafles .. ( North Line ) ,line mrt kaler merah tu. Dan train ni berh...

UJIAN WANITA ADALAH ...

Ujian Wanita Masa Kini . Ramai wanita kita diuji dengan KESAKITAN. Bukan sahaja sakit fizikal yang bermacam nama nya, dengan kanser nya dengan ketumbuhan nya dengan kegagalan organ nya,juga dengan sakit emosi nya, dicurangi. Ada wanita umurnya muda, sudah diuji dengan kanser, dengan kegagalan buah pinggang. Bukan mereka pinta namun ya itu namanya taqdir Allah, maka mahu tak mahu kita terima dan redha. Namun, ramainya yang mula bertindak jadi pakar sakit atau doktor. Sibuk mencanang , oh inilah akibat tak berpantang lah , tak jaga makan lah, tak minum air kunyit jamu temulawak . Semua lengkap.  Yang terdera tu emosi yang sakit, tapi lagi sakit jiwa bila mendengar ulasan orang yang tak bertauliah. Pagi tadi, terdengar satu kuliah ustaz itu, Allah hadirkan sesuatu perkara tua asbab kerana hendak hamba-Nya membesarkan dan mengagungkan-Nya. Ketika kita diuji dengan kesusahan, kita minta dilapangkan. Ketika kita diuji dengan kesakitan, kita minta disembuhkan. Ketika kita diuji dengan kes...