Skip to main content

Posts

Effy is on Youtube !

Sesuatu yang baru.  Cerita nya.. Ikut Zisters How to be Single Again untuk Pyjamas Party di Dorsett Hotel Putrajaya. Tak sangka pula, ada shooting video untuk promote Medshoe. Huh, susah rupanya berlakon di hadapan lensa kamera. Banyak juga lah kena "re-take". Kerana akak tak menghayati watak dan tak pandang kamera. Hahaha Tetapi ini adalah pengalaman baru yang teramat indah. Mencuba sesuatu yang baru adalah sesuatu yang baik untuk hidup kita. Tidak lah nanti hidup kita membuat rutin yang sama. Bosan.  Banyak juga memori tercipta bersama rakan -rakan baru ini. Mereka sangat mahir dalam urusan "editing video" ini. Sangat hebat. Terkesima akak. Begitu detail kerja mereka. Hihihi. Siap ada scene kena make-up . huhu memang awkward le sangat  With the big-boss, Kak Ida . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Ini Video hasil shooting tu . Jangan kecam akak...

Rezeki Itu Bukan Sekadar Wang Ringgit.

Rezeki. Cerita nya... Tiap kali kita memikirkan tentang rezeki itu, kita terus sahaja ternampak tanda ini $$$$ kan?  Namun pengertian rezeki ini teramat luasnya. Ini hadir bukan sekadar dalam bentuk material mahupun wang ringgit. Rezeki itu setiap mana yang Allah kurniakan kepada kita, contohnya, terkadang kita ( saya juga pembaca blog ini yang dihormati) terlepas pandang dengan kemampuan kita sekadar mengelipkan kelopak mata, menggerakkan  jari juga kemampuan untuk kentut.  Ramai daripada kita mengharapkan rezeki itu dari segi kewangan sahaja, namun direzekikan dengan keluarga bahagia juga suatu yang hebat, direzekikan dengan pasangan yang baik bukan yang sempurna juga anugerah terindah. Anak-anak sihat boleh bermain juga rezeki.  Cuba lihat, berapa ramai antara kita yang mengeluh hidup tidak tenteram, pasangan yang curang juga anak-anak yang kerap sakit. Yakin lah setiap bentuk pemberian Allah itu adalah rezeki. Rezeki itu hak mutlak ...

Tahun 2017

Assalamualaikum... Lama nya tak mencoret di blog ini. Tahun lepas pun (2016) sekadar 1 post. Mengapakah teruk betul prestasi penulisan ini. Mahu bersemangat semula menulis untuk blog ini. Sekurang-kurangnya , 5 posts seminggu. Ini KPI yang telah saya tetapkan. Menulis ini bukan sekadar syok sendiri, tetapi mahu menajamkan taraf penulisan juga menambahkan tatabahasa Melayu dengan baik. Juga harapan nya, ini boleh memberi inspirasi kepada orang lain. Moga saya menjadi manusia yang bermanfaat yang boleh memberi sedikit manfaat kepada orang lain. Dan doa nya juga, moga tahun 2017 ini menjadi tahun yang gemilang untuk saya dan keluarga juga sahabat-sahabat yang dikasihi semua. My man kata, tahun ini tahun UNGU/ VOILET

Tahun 2016

Permulaan tahun 2016 yang amat mencabar. Kegawatan ekonomi sangat mencengkam keseluruhan warga Malaysia termasuk diri ini. Sukarnya bernafas di bumi sendiri. Kos sara hidup sekarang telah meningkat begitu mendadak. Disamping kegawatan ekonomi juga, sistem yang dijalankan di Malaysia telah menekan keadaan masyarakat secara keseluruhan nya. Namun, yang penting cara kita berfikir. Itu krisis luaran. Tapi bagaimana kita mengawal dalaman kita? Jika kita masih berfikiran negatif, maka keseluruhan yang berlaku adalah peristiwa malang. Dan tiada sebarang tindakan yang kita ambil, Kita sekadar mengeluh dan mencaci maki kerajaan. Namun, jika kita mengawal dalaman kita dengan positif, maka kita melihat keseluruhan situasi ini sebagai pelaung untuk kita. Kita menbuka membukapeluang sepenuhnya untuk diri kita berfikir, apakah lagi yang boleh dilakukan. Usah menyalahkan takdir mahupun situasi, tapi kita usaha untuk baiki kehidupan kita. Moga tahun ini memberikan kehidupan yang lebih b...

Seni Balairong Seri

Sehebat nama nya, begitu jua apa yang difikirkan. Melangkah kaki ke kelas ini, hati ini berdebar bertanya, apakah konten yang bakal dibuka kan? Adakah mencari kewujudan sistem beraja Melayu? Adakah penggunaan kata-kata indah di hadapan tuanku? Adakah tentang tatacara bertemu tuanku? Sesungguhnya itu semua bukan seperti yang dijangka kan. Ia adalah tentang SENI BERUNDING dan BERURUSAN RASMI . Apakah itu? Adat budaya halus.  Suatu Seni untuk Mengetahui Apa yang Betul untuk dilakukan pada masa yang Betul dengan Cara yang Betul. Hidup ini jangan terlalu banyak berlagah. Banyak kan berdiam untuk lebih banyak memahami. Yang banyak bercerita itu lebih banyak ternampak lemahnya. Mengangguk untuk sesuatu yang bukan kita prinsip kan boleh jadi adalah batu loncatan untuk mereka mengkagumi kita. Kita jangan mudah sentap. Jangan terlalu ikut perasaan, semua nya mahu dibantah. Memenangkan seseorang untuk kita menang nampaknya sangat sukar. Namun andai kita bisa faham PERSONAL...

10 Facts about ME

Sepanjang berblog ni, sememangnya kurang entry yang berbentuk personal ( ayng meemng yang memang tentang diri sendiri). Kerna sindrom emak-emak yang sibuk bercerita tentang anak nya. Di sini ingin kakak kongsikan beberapa rahsia tentang diri kakak :) Satu . Kakak sememangnya anak sulung dalam keluarga. Yang terakhir (bongsu) adalah perempuan, selain itu semua lelaki. Tetapi kalau dilihat dari segi "kematangan" kakak lebih banyak dimanjakan. Macam semua perkara adalah tidak boleh mempercayai kakak. Semua bergantung kepada mereka. Ehh silap mereka yang terlebih ambil berat. Dua . Sangat anak ayah. Ayah akan memastikan segalanya tentang kakak. Bila ketika kakak punya masalah besar, dia adalah orang pertama yang kakak akan selesa berkongsi. Ayah sehingga kini akan memastikan kakak pergi kerja dengan selamat. Sehingga ke hari kakak bernikah, ayah masih lagi duduk bersama kakak. Zakat fitrah sehingga kakak menjadi isteri orang je yang dia tidak algi bayarkan. Tiga . Kakak ...

Cintai lah CINTA

Seringkali kala lidah mengungkapkan cinta, kita mengharapkan yang kita bakal jua dicintai. Namun ada  masa kita sangat menyimpan segala usaha untuk mencintai. Sesungguhnya untuk mendapatkan cinta, kita perlu membuka dahulu jendela hati kita untuk menerima cinta datang. Analogi nya mudah, mana mungkin sesuatu bisa masuk andai pintu nya masih kukuh terkunci? Justeru itu  kita juga perlu mempunyai cinta yang paling besar. Hanya dengan orbit cinta yang paling terbesar juga paling terkuat sahaja bisa menarik orbit cinta lain mengelilingi kita. Aturan ini sama sahaja dengan aturan bumi kita. Matahari yang mempunyai kuasa lebih besar mampu menarik planet seperti bumi mengelilingi dia. Begitu juga cinta. jadilah kita orbit yang kuat daya tarikan cintanya, kerna yang pasti orbit lain bakal mendekati kita. Kita belajar dahulu memberi cinta agar nanti kita akan menjadi pusat tarikan cinta yang menarik segala yang baik-baik sahaja. Belum pernah lagi tercatat yang buruk tentang c...