Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

Menuju 2015

Salam Keharmonian, Syukur, hari ini hari terakhir dalam tahun 2014. Seperti tahun yang lepas, saya juga lebih gemar menulis apakah pencapaian tahun 2014 berbanding azam tahun baru. Tahun ini walaupun bermula dengan payah kerana saya telah berhenti kerja juga kerana tekanan menyiapkan thesis untuk masters, namun akhirnya dapat dirasakan ia adalah tahun yang membanggakan. Tahun ini juga , ditipu oleh satu sayarikat perumahan terbesar di selatan tanah air. Setelah selesai semua medical check up untuk bekerja, tiba-tiba kata permohonan ditolak. Deposit rumah sudah le hangus, eiris diana dah berhenti sekolah, lori sudah ditempah. Bagai satu mimpi ngeri yang berlalu pergi. Namun pertengahan tahun ini, bermula kejayaan bagi saya. Saya dianugerahkan sarjana pengurusan projek dari UTM. Pengalaman beharga ini amat membanggakan saya dan keluarga saya. Walaupun sewaktu konvokesyen tersebut, tiada sesiapa pun yang masuk ke dalam dewan sebagai tetamu saya. Namun saya tetap bersyukur. Seter...

Malaysia diuji lagi

Salam Keharmonian, Dunia sekali lagi digemparkan dengan insiden kehilangan sebuah kapal terbang milik Air Asia . Walaupun ianya Air Asia Indonesia yang berlepas daripada Surabaya ke Singapura QZ8501 yang berlepas pada pukul 05:35 (waktu tempatan) dan dijangka tiba di Changi pada 08:30 (waktu tempatan), namun telah hilang atau terputus hubungan pada pukul 06:24 (waktu tempatan). Sepanjang tempoh hampir 48 jam, pesawat tersebut tidak dapat dikesan. Namun berdasarkan "wave" daripada talian telefon salah seorang mangsa penumpang peasawat tersebut. Kala, tentera / penyelamat dikerahkan ke kawasan itu, mereka menemui 3 mayat yang kembung terapung di Laut Jawa. Kini, bangkai pesawat QZ8501 juga telah ditemui menggunakan alat pengesan alatan sonar yang mana ia terkubur di dasar Laut Jawa. Terkini, pihak penyelamat akan mendapatkan kotak hitam pesawat terbabit bagi mengetahui apa yang sebenarnya telah berlaku. Sesungguhnya Allah jua yang Maha Mengetahui setiap apa yang d...

Faedah Tulis Tangan

Salam Keharmonian, Dalam era moden kita, bilamana kita sering dilambakan dengan gadjet, lalu kita terus lupa mencatat nota melalui kaedah "tulis tangan". Kita sibuk menaip mahupun menggunakan tab kita merekod kan segala macam perkataan yang keluar daripada mulut penceramah mahupun guru kita. Lalu kita lupa tentang kepentingan dan kebaikan mencatat nota dengan cara "tulis tangan". Malah diri saya sendiri lebih gemar mencatat apa yang saya faham berbanding membaca nota yang disediakan oleh pihak penganjur. Pernah juga saya dikatakan ketinggalan zaman kerana mencatat menggunakan ipad saya, tapi saya rasa lebih selesa menulis secara konvensional. Walaupun menaip itu lebih pantas daripada menulis tanagn, namun yang perlahan itu yang bersesuaian dengan konsep pembelajaran. Menurut seorang pakar psikologi Pam. A Mueller dari Princeton University dan Daniel M. Oppenheimer dari Universiti of California, mengesan betapa buruk nya kesan menggunakan laptop atau telef...

Buku Berilmu vs Buku Bernafsu

Salam Keharmonian, Semenjak dari kecil lagi saya adalah seorang yang sangat gemar membaca, sehinggakan di zaman kaank-kanak saya, saya pernah dimarahi oleh emak akibat mengunci pintu bilik kerana menyorok-nyorok membaca. Akibatnya, saya memang tidak akan menjamah makanan jika novel penyiasatan Sri Salmah tidak ke muka akhir. Habit ini terus hingga saya di zaman remaja saya. Ketika belum mempunyai pendapatan (masih menuntut), saya akan asingkan duit biasiswa saya untuk membeli novel sepanjang semester tersebut. Mungkin kala itu hanya dapat memiliki sepuluh buah novel (RM17.00*10). Kemudian, buat sistem tukaran dengan kawan yang meminati novel juga. Tapi idea ini tak berbaloi kerana pada akhir semester, tak de satu novel pun yang dapat kembali kepada saya. Semuanya arwah kerana "hilang" di persimpangan pertukaran banyak tangan. Aduh. Selepas ada pendapatan, setiap bulan mesti membeli novel keluaran Alaf 21 . Tapi kali ini, memang tiada istilah "pinjam-meminjam" ...

Apa Itu Affiliate?

Salam Keharmonian, Hujung minggu lepas, saya berpeluang menghadiri seminar menjana duit melalui affiliate. Tapi ramai yang salah faham, apakah itu affiliate.. Affiliate bukan SKIM CEPAT KAYA . Affiliate bukan MLM. Tapi ramai lagi termasuk saya yang masih blur tentang affiliate. Namun satu website menjual ebook termasyur di Malaysia , www.klikjer.com  ada panduan lengkap tentang affiliate ini.. Boleh terus klik. Selamat ber affiliate, semua.

Pilihan; Doktor O&G Perempuan Muslim

Salam Keharmonian , Tiap kali kita bangun dari tidur, seawal itu pun kita sudah ada pilihan ; mahu teruskan mimpi kita atau bangun dan realisasikan mimpi itu. Nak dijadikan cerita, dalam menjalani hidup kita sehari-hari, kita ada PILIHAN, maka buat lah pilihan, jangan disalahkan situasi atau keadaan yang berlaku, kerana kita ada pilihan. Terkini, isu bidan lelaki menyambut kelahiran dan tentang aurat wanita itu, ramai yang gemar memaki dan menyalahkan hospital kerajaan yang tidak menyediakan doktor atau bidan wanita. Lalu isu ini terus berpusing, ada yang berpendapat begitu, ada yang berpendapat begini. Hinggakan ada doktor yang berkecil hati dalam coretan nya berkata ".. yang sibuk pasal doktor laki menyambut kelahiran, aurat nya di luar tu dijaga ke?.." Kisahnya, kita kan ada pilihan, ada doktor wanita di hospital swasta, maka pergilah ke hospital swasta, mengapa nak disalahkan kerajaan yang tidak mencukupkan doktor wanita. Kalau isu nya mahal bayaran di hospital ...

Cabaran Negara Pencetus Idea

Salam Keharmonian Memetik sedikit ucapan terbuka YB KJ di UTM semalam,kita sedang ke arah berubah dari negara pengeluar /pemasangan kepada negara pencetus idea ( from world factory to world laboratory ). Cabaran nya kita perlu menjadi hub pengetahuan,sebelum kita boleh menjadi pencetus idea yang kreatif itu. Minda watan kita perlu dididik dari anak-anak lagi untuk berfikir dan berani memberi idea. Dari bersendiri kepada berkongsi, dari nonton tv kepada meniru varsi, dari menyepi kepada mahu memberi, dari main lori kepada tahu betul kan lori. Namun ada cabaran yang  lebih besar dari itu, minda ibu bapa yang melahirkan generasi ini yang perlu DIBERSIH-CUCI .  Dalam gambaran ibu bapa, jika anaknya tak masuk universiti, anaknya gagal hidup. Jika anaknya sekolah teknik, anaknya kurang hebat dari anak jiran. Bila anaknya tamat belajar, mesti kerja dengan kerajaan, terjamin, kalau nak ber bisnes, pasti ditentang habis-habisan.  Lalu, ini lah cabaran pemb...

Ikhlas Bersyukur

Salam Keharmonian. Kita memang sudah faham erti syukur, namun hati kita masih belum ikhlas bersyukur. Kerana apa? Kerana, selagi ada ruang dan peluang untuk mengeluh, kita tetap mengeluh. Walaupun apa yang kita keluh kan sememangnya terkena kepada diri kita, kita terlupa dan terkhilaf kerana ada lagi orang yang lebih teruk menghadapi. Kadangkala, kisahnya mudah sahaja, ada ketika kita kurang berkenan dengan sesuatu barang atau jenama, contohnya kita tidak meminati kasut Adidas, tapi kita pernahkah terfikir ada orang yang sangat mengharapkan sepasang kasut biar pun ia cuma selipar buruk. Lalu, kita zahirkan kita bersyukur, namun di sudut hati kita masih lagi mengeluh. Inikah yang dikatakan ikhlas bersyukur? Lalu marilah kita bersama mendidik hati kita untuk bersyukur terutamanya diri saya ini. Sesungguhnya, janji Allah itu, yang bersyukur itu Allah akan tambahkan tapi yang tidak bersyukur, azab Allah amat pedih. AllahuAkbar. Marilah kita bersama-sama berterusan bersyukur k...

Kini atau Lupakan Sahaja (Now or Never)

Salam Keharmonian, Dalam menjalani lorekan hidup ini, kita hanya akan bertemu dengan dua pilihan sahaja. Jarang yang hadir itu, nisbahnya lebih daripada dua.  Andai bukan kanan, maka kiri lah. Jika bukan menaik, jadi lah menurun. Kalau bukan hadapan, jadinya belakang lah. Juga, jika tidak muda, sudah tua lah. Bukan tinggi, pastinya rendah. Lalu seharusnya kita faham konsep ini, andai tidak berubah sekarang, maka kita tak kan berubah.  Perkataan "cuba" sudah boleh dipadamkan dalam kamus Dewan Bahasa, kerana perkataan ini tidak memberi sebarang maksud. Jika diarahkan, "cuba jatuhkan pen itu". Maka apakah tindakan kita? Jika memang terjatuh pen itu, maka itu adalah sudah jatuh. Jika ia masih di tempat yang sama , maksudnya ia belum jatuh. Jadi keadaaan manakah yang berkeadaan "cuba" itu? Berbalik kepada cerita saya, hari ini dan kini saya berubah. Terus berubah menjadi orang yang hebat. Hari ini terus kita buat "homework" yang tela...

Belajar Berguru

Salam Keharmonian semua. Meniti hari-hari terakhir di bulan November ini, seharusnya kita rasa gementar, kerana pantasnya masa berlalu, kini menjengahnya tahun baru. Bagi diri ini, saya tidak pernah sekali pun mempunyai azam tahun baru, tapi tiap kali akhir tahun, saya akan meng'audit' diri ini, apakah pulangan atau kejayaan yang saya kecapi sepanjang tahun tersebut. Namun tahun ini berbeza, beza yang amat terang daripada yang terdahulu. Terakhir kini, saya kerap menghadirkan diri dalam kelompok manusia berjaya. Duduk sebaris mereka, makan bersama mereka menadah ilmu kejayaan mereka. Mengutip berlian-berlian yang mereka taburkan untuk saya. Saya, di kelompok mereka, terasa amat kerdil lebih kerdil dari semut merah. Mereka semua sudah berada di atas tangga tersendiri membina nama dan empayar. Lalu, saya bertanya, tidak malu kah diri ini berkongsi bumbung yang sama dengan mereka? Jawapan nya TIDAK. Kerana menurut tuan guru saya, bina pondok kecil di tepi taman larangan Ista...

MIFF Clay: Part 2 (tayammum powder)

Selepas mempekenalkan hand clay wash, satu lagi produk keluaran Miff Marketing adalah tayammum powder. Harga retail untuk tayammum powder ini adalah RM9 sebotol. Ia mudah dibawa ke mana -mana dan sesuai untuk semua lapisan umur. Produk ini amat membantu bagi pesakit di hospital yang tidak boleh terkena air atau tidak boleh bergerak untuk ke tandas. Sesiapa yang berminat boleh terus menghubungi saya.

MIFF Clay : Part 1 (hand clay wash)

MIFF Clay adalah satu-satunya produk "tanah liat"/ "clay" yang diperakui oleh pihak JAKIM. Pelbagai produk clay ini yang terdapat di pasaran bagi memudahkan Muslim mengggunakan nya dalam kehidupan seharian. Produk yang terlaris adalah "hand clay wash" yang mana, clay telah dibancuh untuk penggunaan terus pengguna Muslim bagi tujuan penyucian daripada najis Mughalazah. Dalam pada itu, produk ini juga boleh digunakan segabai "hand sanitizer" yang biasa sahaja. Produk hand clay wash ini yang datangnya dalam 500ml ini berharga RM18.

Mana Nak Dapatkan Photo Book Yang Cantik

Eh.. Eh.. Eh.. semua tengah busy ngan kenduri kahwin, potong jambul anak le, yang ada lagi sibuk dengan bercuti ngan keluarga atau rakan-rakan. Bila tengok timeline facebook, semua sibuk update gambar cantik-cantik. Huh lagi-lagi sekarang dah #trending kan ngan instagram, lagi banyak gambar yang di "upload". Tapi ramai yang masih lagi nak abadikan kenangan gambar-gambar tu dalam photo book / photo album kan. Tapi huh tak sempat nak buat design sendiri. Nak suruh orang buat, cnthya nak suruh designer atau photographer memang dieorang charge mahal ler.. Ada sesetengah photographer tak nak pun ambil gambar kita untuk buat design sebab katanya gambar kita kurang berkualiti. JANGAN SUSAH HATI !!!!! Ni hah contoh design photobook yang dah siap tinggal masukkan gambar kita jer. Nak masuk kan gamabr pun mudah, takde lah kita perlu belajar bab-bab design photoshop ke. Mudah dan ringkas untuk orang-orang sibuk seperti kita. Jangan lupa klik sini je, untuk da...

Kanser bukan kudis buta

Salam keharmonian, Pagi ini, seorang rakan rapat yang pernah makan lauk yang sama, mandi air yang sama dan tidur se-dorm yang sama menulis coretan seperti tajuk di atas. Apakah maksudnya? Rakan itu mengibaratkan yang walaupun mempunyai kanser, tapi itu bukan kudis untuknya. Dia tetap tabah menghadapi jalan hidupnya. Menurut coretan ringkasnya, beliau bakal menjalani  pembedahan pada esok hari, dan seterusnya akan menjalani " chemotherapy " sehingga selesai semua sel-sel kanser tersebut. Hanya titipan doa sahaja yang bisa dikirimkan untuk nya. Lalu secebis nota ditulis untuknya daripada lubuk hati yang paling dalam. Semoga selamat semuanya teman. Inilah bait-bait kata yang telah dikirimkan untuk nya: - Secebis nota buat kawan sebaik anda- Biarpun hidup diselimuti kesedihan akibat berita luaran, namun semangat dalaman adalah terhebat. Yang terpenting saat ini, tabahlah sahabat, kuatkanlah tekad, pasak kan lah iktiqad, bahawa yang terkesan adalah SIHAT. ...

Vision Board

Salam Keharmonian , Satu kemestian bagi orang yang berjaya, samada MAHU berjaya, BERJAYA atau TELAH berjaya, mereka ada " vision ". Vision ini secara literal adalah penglihatan ; nampak . Dan secara maksudnya, apa yang kita akan nampak di hadapan sebagai cit-cita kita, target kita. Bukan sekadar manusia sahaja perlu ada " vision " ini, negara MALAYSIA yang kita cintai ini juga mempunyai Vision 2020 atau Wawasan 2020 yang mana ia telah dipasak kan di hati dan minda rakyat nya selama berpuluh tahaun tahun bahawa ia perlu dicapai pada tahun 2020. Dan, " vision" ini sentiasa diulang-ulang. Kerana apa?? Kerana, otak separuh sedar (sub-conscious brain) kita perlu kepada ulangan dan dia akan simpan sebagai sesuatu yang sebenar. Dan kehebatan otak separa sedar ini sangat hebat 90% daripada otak sedar yang hanya berfungsi setakat 10% daripada keseluruhan fungsi otak. Atas sebab itu, satu " vision board " telah diwujudkan bagi merangsang otak ...

Pelan Tindakan Daripada Seorang Jurutera Kepada Pengurus Projek

Salam Keharmonian, Sebagai seorang jurutera, cita-cita tertinggi kita adalah menjadi pengurus projek. Bermula dengan langkah seorang jurutera muda, kita belajar kesemua pelan dengan terperici (detail design), kesemua spesifikasi (specification). Kemudian bila kita mula boleh berdiri sendiri mengendalikan projek daripada peringkat perancangan sehingga ke peringkat penyerahan kepada "end user" , maka kita layak digelar penguirus projek muda. Namun perjalanan ke tahap itu sudah tentu nya memakan masa dan tenaga. Selain daripada jurusan kita sahaja yang perlu diambil kira, kita perlu mendalami kesemua aspek dalam pembinaan. Sebagai contoh, kita seorang jurutera awam, maka kita perlu tahu memahami  serba sedikit tentang bahagian arkitek, bahagian elektrik juga sedikit tentang kontrak. Dalam pelan tindakan itu, beberapa ciri jurutera perlu diterapkan iaitu: Berdaya saing  [COMPETENT] Bersungguh      [COMMITTED] Dipercayai       [CREDIBLE] ...

Mencari Chinta

Salam keharmonian, Teringat kata cikgu June / #junewriter.. Katanya, mari mencari chinta.. Tapi cinta yang bagaimana?  Jenis cinta yang kita pilih ini jika tidak berhati-hati pasti mengundang masalah di kemudian hari.  Ahkak juga sedang mencari chinta. Cinta hakiki. Kembali mencari jalan pulang. Kekadang kita terbabas di jalan sendiri, dan bila ada orang menegur baru kita tersedar kembali.  Cerita nya begini.. Ahkak telah menjumpai satu group di fb yg nak kan kita habiskan satu juzuk Alquran seminggu. Bila kita ada sekawan ber-tiga puluh orang, jadi setiap minggu, kita akan khatam Alquran. Setiap 30 minggu / 7 bulan 2 minggu kita sendiri akan khatam Alquran.  Memang nampak usaha ini kecil, tapi ahkak ni baca Alquran pun sedikit sangat berbanding kurniaan yg Allah dah beri. Jadi mulakan dengan langkah yang kecil, tetapi ia bisa membesar. Moga ada saudari-saudara yang mahu bersama-sama. WallahuAlam

Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua.  Daripada : Effy & Family

Love Cookies

Hi love... Mommy is happy to wish my princess a Happy Birthday. You are 5 now dear. By the time you can read this message, mommy wants to tell you that mommy love you very much. You are always be my baby girl till Jannah. Mommy always prays for your health, success and Solehah. Be a good girl to everybody in this world. Believe that, you are GREAT! Happy Birthday Eiris Diana.

Kita Hebat

Pernah tak sekali kita menghargai diri sendiri? Biasa nya kita terlupa untuk memberi penghargaan kepada diri kita sendiri. Bila kita sentiasa menghargai orang lain, orang akan rasa penghormatan buat diri mereka, sama juga dengan diri sendiri, ia adalah suatu penghormatan buat diri kita. Ada yang malu nak beli hadiah buat diri sendiri, kerana takut dikatakan syok sendiri, namun ia merupakan suatu yang berharga kerana hadiah yang kita belikan untuk diri sendiri adalah yang TERBAIK , yang paling kita SUKA dan yang paling penting ia adalah daripada hasil titik peluh kita sendiri. Percayalah, dan jangan lupa diri kita adalah hebat, dan kita perlu memberi penghargaan kepada diri sendiri apabila kita berjaya mencapai target kita. 

Hay Day

Korang pernah tak stucked or addicted to one game? Yang mana masa kerja pun rasa nak sangat bukak game dan main game tersebut. Dulu kan orang2 sgt suka main candy crush, sebelum tu temple run ler.. Ala pastu yang plg tak suka, orang g invite-invite kat facebook.. Aduh menyampah btul. Tapi ahkak ada ter suka kat satu game ni, tapi tak pernah ye invite-invite orang kat facebook. Nak main, main le sesorang, tak yah nak libat kan orang. Game tu name nya, Hay Day. Game ni, cam Farm Ville dulu, jaga ladang, bela lembu, tanam jagung, pancing ikan, buat kuih, boleh cari emas permata dan boleh bina kota sendiri. Cara nak cari duit, samada jual kat gerai tepi simpang, penuhi order daripada syarikat dan hantar melalui lori dan kapal, ada juga orang datang ladang kita nk beli barang. Di kota kita tu, kita ada train station yang datang bawa tetamu dan penuhi apa yang tetamu mahu. Samada hendak ke grocery shop, atau cinema atau spa. Anak ahkak pun pandai tolong ahkak harvest...

Wedding Kak Lin

Kak Lin ni ex-housemate masa menyewa di Kelana Jaya dalam tahun 2005 hingga 2007 gitu. On 13/6/2014 haritu, Kak Lin bersanding di Muzium Negara. Jadi ahkak pun pergi lah attend wedding tu. Wedding tu waktu malam, dalam kul 800 malam hingga kul 1200 malam. Lepas Maghrib tu, ahkak pun bersiap nak g wedding tu. Sampai kat wedding tu dalam kul 830 malam gitu. Huh memang ramai orang sebab die buat untuk kedua-dua pihak, lelaki dan perempuan. Husband ahkak g que amik food sambil akak chop meja le. Tapi sebab keadaan dlm tu crowded, and cramped with many people, dia jadi sgt stuffy. So lepas makan nasi beriyani tu, ahkak g beratur amik char kue teow, nak amik kambing golek mmg tak sermpat la. Ramai sangat orang. Anak-anak ahkak paling suka makan ice-cream dan gula-gula ngan cokelat cair celup2 tu. Lepas tu kiteorang pun bergerak pulang sebab dah sangat panas dan ramai lagi orang nk tunggu tempat duduk nak makan. Sempat tengok lah kak lin berarak masuk.  Yang lain tak sempat ...

Ibu beranak dua

Itu lah ahkak. Ibu yang ada 2 orang anak yang lasak dan nak membesar . Tapi ini bukan main entry untuk kali ini. Hahaha. Yang sebenarnya nak bercerita ttg rutin hidup ahkak setiap hari. Sebagai seorang ibu yang kerja nya memang tak menentu balik nya, maka setiap pagi bila bangun tidur, ahkak akan pastikan keseluruhan keperluan rumah dah teratur kerana katakan lah nanti ahkak balik lewat waktu mlm, husband ahkak akan susah nak memasak kalau periuk nasi pun tak jumpa. Memang secara logik nya, rumah ahkak tu kalau kera kangkang pun banyak lebih lagi (maknanya kecik sgt kawasan dapur tu) , itu pun husband ahkak tak jumpa itu-ini. Kemudian, setiap pagi, ahkak akan kejutkan 2-2 anak ahkak tu bangun pukul 715 gitu dan mandikan, perlu di ingatkan, ahkak tak pernah hantar anak2 ahkak g nursery tak mandi ye, hissyyy walaupun nursery boleh mandikan, tapi ahkak tak suka tgk anak2 ahkak busuk je g nursery. Kita mesti neat and tidy bila memulakan hari kita, harapnya ia  mereka akan terbiasa ...

Riang Ria Raya

 Wah seronok btul raya kali ni.. walaupun dah ahbis beraya, tetap ada lagi yang buat rumah terbuka. Dapat juga lah menghadiri beberapa open house rumah rakan-rakan dan kenalan. Ada juga yang ahkak pergi bertiga je, en suami ahkak tu bekerja. Rasa berbangga dapat memandu kereta dengan dua anak yang lasak. Cerita bergaduh  dalam kereta tu jangan cerita le... huh sabar je la.. Ada juga yang wat kenduri kahwin sekali nagn ngan open  house. Yang ini wedding anak pemilik taska yang ahkak hantar anak ahkak tu. Kiteorang memilih tema black. Tapi en suami akak tak nak pun join pakai baju hitam.. hisssyyy kecewa betul. Padahal ahkak dah iron kan kemeja hitam, tak nak pun pakai. Memang en suami ahkak ni tak suka sedondon-dondon kot.. Keesokan harinya, ada birthday party anak kawan ahkak di Keramat. Ni kawan lama daripada zaman matriks , pastu berenti, sambung study kat UNITEN pula. Namanya Linda. Kiteorang jadi rapat sbb family Linda ni mmg very friendly dan anggap ahka...