Skip to main content

Weekend Buddy


Last saturday, ahkak keluar berjimba. Eh dah lama tak guna perkataan berjimba kan.. Maksudnya secara literasi adalah bersenang-senang. 

Keluar bertemu rakan sebenarnya di Ampang Park. Memandangkan dah tengah hari dan belum bersantap, maka kami setuju untuk makan di Cozy Corner. Ok it is recommended ye having food kat Cozy ni, cause food die not bad, and tempat die spacious. Boleh la lepak2 dengan families / friends/ buddies.

Ehh lupa nak kenalkan nama kawan ahkak ni. Namanye Umi Khadijah Harun. Panggil Oomey, orang Pilah, tapi dok kt Manjung. Jangan nk ngurat pulak, dia dah kawin ye. Die ni manager beb. Memang hebat, company oil&gas plak tu. Ok cukup ttg Oomey. 

Lepas ronda2 Ampang Park tu, kiteorang naik tren g KLCC. Wei dah lama siut tak naik tren. Rasanya dah hampir 10 tahun, sejak dah bekerja ni, sume balun naik kereta je. 

Kat KLCC pun kasut yang kawan ahkak nak pun tak de. So hanya lah tawaf KLCC je. Tapi sebab dan berjalan, maka kami pun lapar lagi. Memanjang je lapar kan.  

Bila tanya Oomey tu, nak minum kat mane? 
Ceh jawapan die... "Kalo takat starbucks ngan coffee bean, Manjung pun ada. Aku nak cuba kat Bens la, member aku slalu post gambar kat situ"
Maka kami pun pergi ke Bens.

Ciss, kata je tempat hebat, nak masuk pun kena beratur, ade usher akan tunjuk kn tempat. Tak boleh sembarangan masuk. Tak cool langsung. Kalo kat mamak, apeadahal, siap bukak meja lagi.




So nak order pun, different person yang entertain gitu. Kami pun order lah dengan riak nya. Fuhh sekali taste, it was tasteless.. Jangan makan kat situ. Tak sedap. Cheese cake nye fault betul. Ade ke dilawankan ngan mango and lychee. 




Comments

Popular posts from this blog

Sehari Ke Singapura

Perjalanan bermula dari pukul 700 pagi , bergerak ke Tune Hotel untuk pick up Amar , dan terus ke JB Sentral. Kami perlu ada di san 30 minit sebelum tren berlepas kerana perlu pemeriksaan imegresen seperti biasa untuk melepasi sempadan. Tiket tren sehala adalah RM5, dan perlu dibeli awal kerana tiket ini sememangnya kerap habis. Bagi pembelian tiket ini, boleh sahaja online di website KTMB. Perjalanan menaiki tren ini amat mudah dan kondusif. Hanya mengambil masa selama 5 minit sahaja untuk melepasi sempadan negara. Wow, ini sangat menakjubkan. Selepas pemeriksaan kastam, dari situ kami menaiki shuttle bus ke Woodlands MRT Station. Ini kelakar, sebab kitaorang tak tahu nak bayar tambang. Haahaaa . Sebab tambang nya kena bagi duit cukup-cukup masuk ke daalm tabung. Lama la juga kami berkira-kira duit syiling sebab tambang nya 90 cent je per person. Sampai kat MRT Station, dah pandai beli tiket ke Rafles .. ( North Line ) ,line mrt kaler merah tu. Dan train ni berh...

Boutique Hotel

Boutique Hotel is the preferred one to stay if we go for vacation. The rate is cheap compared to (star-star) hotel but the condition and environment is really nice and can compete with the (****) hotel. This is G Inn Hotel at Jalan Macalister in Penang. Many tourist also love to stay this heritage hotel. We meet tourist from England, they are their way to Phuket, and stay 2 days in Penang.  And this is the model of the day

UJIAN WANITA ADALAH ...

Ujian Wanita Masa Kini . Ramai wanita kita diuji dengan KESAKITAN. Bukan sahaja sakit fizikal yang bermacam nama nya, dengan kanser nya dengan ketumbuhan nya dengan kegagalan organ nya,juga dengan sakit emosi nya, dicurangi. Ada wanita umurnya muda, sudah diuji dengan kanser, dengan kegagalan buah pinggang. Bukan mereka pinta namun ya itu namanya taqdir Allah, maka mahu tak mahu kita terima dan redha. Namun, ramainya yang mula bertindak jadi pakar sakit atau doktor. Sibuk mencanang , oh inilah akibat tak berpantang lah , tak jaga makan lah, tak minum air kunyit jamu temulawak . Semua lengkap.  Yang terdera tu emosi yang sakit, tapi lagi sakit jiwa bila mendengar ulasan orang yang tak bertauliah. Pagi tadi, terdengar satu kuliah ustaz itu, Allah hadirkan sesuatu perkara tua asbab kerana hendak hamba-Nya membesarkan dan mengagungkan-Nya. Ketika kita diuji dengan kesusahan, kita minta dilapangkan. Ketika kita diuji dengan kesakitan, kita minta disembuhkan. Ketika kita diuji dengan kes...