Skip to main content

JAUNDICE



Daafi kena demam kuning masa umur nye 10hari. Siap kena warded kt Hospital Segamat 2 hari, 2 malam. Masa kat hospital tu, masa tu lah sibuk search internet ttg demam kuning.Kenapa lah Daafi teruk sgt tahap "kekuningan" nye. Yang petua org2 tua mmg la berbagai2, but then, i will assume that, if that petua works,nape takde ubat yang base on that petua kn? bukan ke perubatan kita mmg dh maju sekarang ?

Demam Kuning @ JAUNDICE sbnrnye bermula apabila bayi tak berupaya membuang BILIRUBIN yang biasanya dilakukan oleh hati. Hati bayi pada ketika itu masih belum matang sepenuhnye. Semasa dlm kandungan, ibu yg membantu bayi melakukan proses ini. Jadi Bilirubin yg memberikan warna kekuningan itu. Maka, kalau Bilirubin kurang dibuang, warna kuning itu boleh dilihat dipermukaan kulit bayi terutamanye dada, perut dan muka. Itulah asal usul demam kuning. 

Bilirubin tu akn dibuang melalui air kencing dan najis bayi, jadi bila bayi kerap membuang, lebih cepat la kuning tu kurang .Dengan memberi susu ibu secukupnye, memudahkan bayi membuang dan akn berlaku penurunan kuning tu. Tp bila dh terlalu tinggi, terpaksa masuk hospital dan menggunakan pertolongan "lampu biru" itu. 

Jadi, konsep org tua2, asal ada yg kaler kuning je tak kasi pakai. baju kuning mmg diharamkan lah, kalo rumah pakai langsir kuning atau cadar kuning mmg trus kena tanggal, tukar yg lain. Siap ade bidan kampung tu, pakai minyak yuyi pon tak boleh.. hahaha nampak tak merepek dan tak logik kat situ...

Jd yg petua org tua tu, bila ditilik2, sebenarnye, nk suruh bayi tu banyak membuang. tu je. sbg contoh, suruh minum susu kambing, sifatnye panas, bila kita minum susu kambing, akan lawas dn byk la kali nya g ke tandas. itu je konsep asal nye. Yg elemen2 lain pun sama je, sengkuang cina, anggur hijau, buah kundur n etc. ada juga yg suruh mandikan dengan ubat cina yg dibeli kt kedai ubat cina , warna kuning. tu pun xde kesan pun.

Boleh baca website ni Jaundice. Byk info yg boleh didapati. 

Bg kes Daafi ni; walaupun dh semalaman dok bwh lampu biru tu, kadar "kuning"nye tak turun malahan meningkat. Ehhh salah ke hospital?? sampai pakar paed Hospital Segamat kena dtg check. Kes terpencil katanye. Dan ni antara penyebab Daafi lebih sukar mengnyahkan sel Bilirubin :

  1. Mommy&Daddy mmg dr kumpulan Darah O+. , same goes to Daafi
  2. Sel Darah merah Daafi lebih pekat dr biasa. Maka hemoglobin nye lebih sukar nk melawan sel Bilirubin itu
  3. Daafi adalah BOY. yg mempunyai kromosom XY. budak lelaki lebih mudah terkena demam kuning ini kerana kromosom Y adalah lebih lemah melawan sel Bilirubin. Tp G6PD Daafi adalah normal. 
Nmpk tak, seorang yg mmg takde ilmu dlm perubatan, terpaksa google ttg demam kuning la, G6PD la. ohh hebatnya ibu itu (saya le tu) bila anak kita ada masalah. Rasanye sekarang ni dh boleh dah jd pegawai perubatan. hahaha sory kpd pegawai perubatan yg baca entry ini. just joking. 

Tp sekarang Daafi dh berumur 2 bulan ++, n sgt sihat. 

HENSEM BOY

Comments

Popular posts from this blog

Sehari Ke Singapura

Perjalanan bermula dari pukul 700 pagi , bergerak ke Tune Hotel untuk pick up Amar , dan terus ke JB Sentral. Kami perlu ada di san 30 minit sebelum tren berlepas kerana perlu pemeriksaan imegresen seperti biasa untuk melepasi sempadan. Tiket tren sehala adalah RM5, dan perlu dibeli awal kerana tiket ini sememangnya kerap habis. Bagi pembelian tiket ini, boleh sahaja online di website KTMB. Perjalanan menaiki tren ini amat mudah dan kondusif. Hanya mengambil masa selama 5 minit sahaja untuk melepasi sempadan negara. Wow, ini sangat menakjubkan. Selepas pemeriksaan kastam, dari situ kami menaiki shuttle bus ke Woodlands MRT Station. Ini kelakar, sebab kitaorang tak tahu nak bayar tambang. Haahaaa . Sebab tambang nya kena bagi duit cukup-cukup masuk ke daalm tabung. Lama la juga kami berkira-kira duit syiling sebab tambang nya 90 cent je per person. Sampai kat MRT Station, dah pandai beli tiket ke Rafles .. ( North Line ) ,line mrt kaler merah tu. Dan train ni berh...

UJIAN WANITA ADALAH ...

Ujian Wanita Masa Kini . Ramai wanita kita diuji dengan KESAKITAN. Bukan sahaja sakit fizikal yang bermacam nama nya, dengan kanser nya dengan ketumbuhan nya dengan kegagalan organ nya,juga dengan sakit emosi nya, dicurangi. Ada wanita umurnya muda, sudah diuji dengan kanser, dengan kegagalan buah pinggang. Bukan mereka pinta namun ya itu namanya taqdir Allah, maka mahu tak mahu kita terima dan redha. Namun, ramainya yang mula bertindak jadi pakar sakit atau doktor. Sibuk mencanang , oh inilah akibat tak berpantang lah , tak jaga makan lah, tak minum air kunyit jamu temulawak . Semua lengkap.  Yang terdera tu emosi yang sakit, tapi lagi sakit jiwa bila mendengar ulasan orang yang tak bertauliah. Pagi tadi, terdengar satu kuliah ustaz itu, Allah hadirkan sesuatu perkara tua asbab kerana hendak hamba-Nya membesarkan dan mengagungkan-Nya. Ketika kita diuji dengan kesusahan, kita minta dilapangkan. Ketika kita diuji dengan kesakitan, kita minta disembuhkan. Ketika kita diuji dengan kes...

#effyjalankehuahin part 1

Percutian berdua ngan Effa ini bermula dari 3-August-2018 hingga 6-August-2018. Tiket ke Hua Hin telah dibeli awal (bulan March) , sewaktu AirAsia mengadakan promosi pembukaan laluan baru ke Hua Hin. Jadinya, harga tiket untuk 2 orang, 2 hala adalah Rm500++ termasuk in-flight meals. Perjalanan ke Hua Hin dari KLIA2 adalah selama 2 jam ataupun lebih kurang 1jam 50minit. Namun kita mendapat lebihan 1 jam apabila sampai kerana waktu di Thailand adalah lewat sejam dari waktu di Malaysia. Samapi di Hua Hin Airport, terus ambil taxi untuk ke hotel. Hotel yang kakak booking ni namanya Stone Head. Harga nya dalam 100++ semalam, so dah booking untuk 3 malam terus. Hotel ini terletak di Pekan Hua Hin, bukan di Chaam. Harga taxi ke hotel adalah 500Bath (walaupun setapak je jaraknya). Dalam taxi tu, si driver tu offer le package untuk hantar kakak g visit tempat-tempat menarik di Hua Hin. So kakak pun setuju je lah. Dengan bayaran 1000Bath, kakak akan dibawa ke 4 tempat yang teratas  n...