Skip to main content

BAHASA KAMPUNGAN


Yeah..Bercerita ttg Bahasa Malaysia opps Bahasa Melayu , ramai yang beranggapan it just BAHASA KAMPUNGAN ; meaning kalau kita ckp Bahasa Melayu , takde standard.

I dah bercampur dengan bermacam jenis org, termasuk semasa undergrad, working and sekarang post-grad. From my observation, org yg beriya-iya ( cuba sedaya upaya) speaking le org kata, actually is just crap.. Ye ke?  Hehehe hopefully "org-org"tersebut tak lah baca entry ini :)

I can adopt beberapa situasi, ini memang berlaku dalam kisah hidup-ku yang tidak ditokok tambah atau dikurangkan masin nya.. Hehehe


  • Situasi Pertama: Mestikah kita berkomunikasi dlm bahasa omputih utk our daily conversation? I tak lah menjatuhkan semangat org yg nak bercakap omputih ni, but secara peribadinya, kalau setakat nak bercakap ngan housemate tu yang sama bangsa Melayu, cakap je bahasa melayu kan.. Bukan ape, takut-takut VOCAB yg dikeluarkan itu, tersalah maksudnya. Kejadian ni berlaku kepada seorang housemate I dulu le (masa blum berkahwin , takut org ingat my husband plak) , I ngan bestie I tgh tgk tv, tetiba ada seorang housemate I kata " boleh tak tolong masuk kan makanan I dlm FREEZER" hah?? terkejut kami, ouuucchh dah kenapa nak kena letak dlm freezer, kang beku plak makanan tu, kan ke senang ckp "masuk kan dlm peti ais", kiteorg pon boleh phm.. mgkn die ingat kiteorg ni mmg bajet ckp omputih ke.. ohh walaupun kami bekerja using English, but kt umah , ngan kekawan ckp Bahasa Melayu je ..
Peti Ais = Fridge 
  • Situasi Kedua : I and my bestie (org yg sama) mmg suka menonton cerita Melayu. Masa kt U dulu, apa sahaja cerita Melayu, kiteorg mesti menonton, termasuk lah Cerita Sembilu yang si Zed Zaidi belakon tu kiteorg follow, so for me takde hal lah menonton cerita Melayu. Tp ada my friend (yang tak berapa rapat), sibuk memilih nk tgk cite omputih. Konsepnye : Cerita Omputih mmg klass class, tp akan mengamuk kalau tak keluar sarikata / subtitles.. MAKA??? apakah konsep berlagak nak tgk citer omputih tapi tak phm, dan mengharapkan bantuan ada org translate, so kalo takde, die pun agak2 je jalan citer tu.. Cam kelakar lah, beriya nk tgk citer omputih tp perlukan bantuan Bahasa Melayu.. So baik tgk citer Melayu je, dah konfem2 phm nape Fasha Sanda nangis kan?
  • Watching TV without Subtitles
  • Situasi Ketiga: Ketika Meeting. I fhm kalau kite meeting dengan org yg MULTI-RACIAL, mmg le kena berbahasa Omputih, sbb might be some of them mmg kurang mahir berbahasa Melayu. Tp dah kalau yg attend meeting tu SEMUA Melayu, apakata ckp je Bahasa Melayu, sbb mmg sah-sah sume fhm kan.. Ni pernah terjadi seorang client Melayu , yg nak juga berbahasa omputih semasa bertanya soalan meeting, sehinggakan perkataan EXPLAIN dh jd EKSPLENG... apakah kefahaman anda? Bukan sahaja menjatuhkan kredebility anda sebagai seorang Chairman, juga org dh hilang trust kepada anda, kerana kelemahan anda. For me, take it easy, to portrait yourself , you need to be very sure. 
Site Meeting
  • Situasi Keempat :I love read Malay Novels. Jd ada org bertanya, "u baca novel ape?" , so I jawab le, "I baca novel Alaf 21".. Then die cam terkejut, dan berkata ," napa tak baca novel English?" Salah ke kita membaca novel keluaran Malaysia dan ia dlm Bahasa Melayu? Selagi I enjoy read the books, pd I its okay.. Drpd nak sgt baca novel "English" tp tak menjadi pembaca tegar, tak bagus juga. Tp I admit, my bestie mmg pembaca novel "English" and die mmg fhm apa yang die baca dan die adalah  pembaca tegar. So nothing wrong.

Sebahagian drpd Koleksi Novel Saya
Saya bangga menggunakan Bahasa Melayu dan Saya Bangga Lahir sebagai Anak Malaysia.

Dan siapa yang berminat untuk jadi penulis, faham bahasa melayu kita dengan lebih baik, boleh terus dapatkan ebook terbaik ini.


Ta..Ta..Ta..

**mind my rojak language



Comments

  1. HAHA... sy jugak suka merojak menspagetikan bahasa.

    Sometimes bila di tmpt keje u need to beromputeh all the time, dan bila balik rumah nk ckp in bahasa mcm ada certain perkataan I lost,xboleh revert ke malay. Kinda of ingat tp xboleh recall as fast as sepatutnya. Did u experienced that? Every time that situation happened, rasa mcm nk lempang diri laju2 sbb malu kelihatan seakan2 belagak dah xreti ckp melayu. huhu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for reading.
Spread your Love here. :)

Popular posts from this blog

Sehari Ke Singapura

Perjalanan bermula dari pukul 700 pagi , bergerak ke Tune Hotel untuk pick up Amar , dan terus ke JB Sentral. Kami perlu ada di san 30 minit sebelum tren berlepas kerana perlu pemeriksaan imegresen seperti biasa untuk melepasi sempadan. Tiket tren sehala adalah RM5, dan perlu dibeli awal kerana tiket ini sememangnya kerap habis. Bagi pembelian tiket ini, boleh sahaja online di website KTMB. Perjalanan menaiki tren ini amat mudah dan kondusif. Hanya mengambil masa selama 5 minit sahaja untuk melepasi sempadan negara. Wow, ini sangat menakjubkan. Selepas pemeriksaan kastam, dari situ kami menaiki shuttle bus ke Woodlands MRT Station. Ini kelakar, sebab kitaorang tak tahu nak bayar tambang. Haahaaa . Sebab tambang nya kena bagi duit cukup-cukup masuk ke daalm tabung. Lama la juga kami berkira-kira duit syiling sebab tambang nya 90 cent je per person. Sampai kat MRT Station, dah pandai beli tiket ke Rafles .. ( North Line ) ,line mrt kaler merah tu. Dan train ni berh...

Boutique Hotel

Boutique Hotel is the preferred one to stay if we go for vacation. The rate is cheap compared to (star-star) hotel but the condition and environment is really nice and can compete with the (****) hotel. This is G Inn Hotel at Jalan Macalister in Penang. Many tourist also love to stay this heritage hotel. We meet tourist from England, they are their way to Phuket, and stay 2 days in Penang.  And this is the model of the day

UJIAN WANITA ADALAH ...

Ujian Wanita Masa Kini . Ramai wanita kita diuji dengan KESAKITAN. Bukan sahaja sakit fizikal yang bermacam nama nya, dengan kanser nya dengan ketumbuhan nya dengan kegagalan organ nya,juga dengan sakit emosi nya, dicurangi. Ada wanita umurnya muda, sudah diuji dengan kanser, dengan kegagalan buah pinggang. Bukan mereka pinta namun ya itu namanya taqdir Allah, maka mahu tak mahu kita terima dan redha. Namun, ramainya yang mula bertindak jadi pakar sakit atau doktor. Sibuk mencanang , oh inilah akibat tak berpantang lah , tak jaga makan lah, tak minum air kunyit jamu temulawak . Semua lengkap.  Yang terdera tu emosi yang sakit, tapi lagi sakit jiwa bila mendengar ulasan orang yang tak bertauliah. Pagi tadi, terdengar satu kuliah ustaz itu, Allah hadirkan sesuatu perkara tua asbab kerana hendak hamba-Nya membesarkan dan mengagungkan-Nya. Ketika kita diuji dengan kesusahan, kita minta dilapangkan. Ketika kita diuji dengan kesakitan, kita minta disembuhkan. Ketika kita diuji dengan kes...