Skip to main content

Posts

Sepetang di Puteri Harbour, Nusajaya, Johor

Dua minggu yang lepas, memandangkan masih bercuti sekolah, akak mengambil kesempatan membawa anak-anak berjalan di Johor Bahru. Kebetulan, seminggu sebelum itu mereka tinggal di kampung bersama nenek dan bapak. Jadi hujung minggu tersebut, akak pulang ke kampung bersama suami untuk mengambil mereka kembali ke Kuala Lumpur. Terlanjur di Johor, petang sabtu yang sejuk dingin selepas hujan, kami pergi ke Puteri Harbour, Nusajaya. Tujuan asalnya mahu ke Hello Kitty Town, tetapi memandangkan kami sampi di sana pun sudah pukul 4 petang, langsung tidak menjadi hendak berkunjung . Sekadarnya, akak bersama anak-anak dan anak saudara akak, berjalan-jalan di sekitar Puteri harbour tu. Nampaknya, terdapat satu lagi "port" untuk orang Johor beriadah bersama keluarga. Tempatnya nampak tenang dan indah. Nampak ramai juga keluarga yang membawa anak-anak ke situ. Tarikan utama adalah tempatnya yang nampak eksklusif berlatar belakang kan bot-bot mewah. Dating Time  Anak-anak n...

Singgah sebentar di Bandaraya Melaka

Seminggu yang lepas, semasa mengikuti keluarga mertua ke satu undangan majlis perkahwinan, kami sempat menyinggah di Bandar Melaka. Yang terpenting bila berada di Melaka adalah mencari coconut shake Klebang. Ditambah dengan cuaca yang panas seharian. Usai di gerai coconut shake , kami bergegas menunaikan solat zuhur. Perancangan nya selepas selesai bersoalt mahu menikmati kuaeh keria disira gula melaka, tapi hampa bilamana kueh keria tersebut laku keras di hari tersebut. Lantas, kami ke tempat bersejarah sekadar  menghabiskan masa  selepas lamanya tidak berkunjung ke sini. Puas berjalan, kami singgah menikmati cendol di Jam Besar , terus kami pulang dengan berbeca.

Pipe Jacking - Video

For all civil engineers out there, this is how we install pipe using pipe jacking method. In Malaysia, for Klang Valley and Kuala Lumpur area, we are using this method to install sewerage pipe for rationalization STP.  This is for Greater KL Project: River of Life. 

Anak-Anak : Gen-Y

Anak-anak zaman kini atau lebih dikenali dengan generasi Gen-Y adalah ti dak ubah seperti seekor kura-kura. Analoginya: Seekor kura-kura tidak akan mengeluarkan kepalanya jika diketu, malah semakin menyorok kan kepalanya daripada terlihat orang. Namun, kura-kura dengan senang hati menampakkan kepalanya andai diberikan haba atau kepanasan dihadapan nya. Begitu juga anak-anak kita di zaman ini, arahan dan sebarang peraturan tidak akan membuat mereka hampir dan dekat kepada kita. Malah mereka semakin mahu lari sejauh-jauhnya. Hanya dengan sedikit belaian, layanan dan perhatian yang hangat kepada mereka, mereka tanpa rasa malu akan kembali kepada kita. Jangan teragak-agak untuk memberikan pelukan dan pujian kepada anak-anak kita. Tika mereka membuat kesalahan, usah didenda tapi berbual lah dan nasihati mereka dengan dorongan dan semangat. Sesungguhnya mereka hanya mahukan perhatian kita.

Rindu ku tertinggal di Fraser Hill

Benar. Aku rasa rindu kedamaian di sana. Ada cicipan burung yang kicaunya hanya alam yang faham. Aku tetap rasa dingin nya. Namun kini sang alam semakin merajuk, rajuk nya kian parah. Seperti tidak mahu lagi bersahabat dengan manusia. Lantaran manusia semakin mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan hidupan sekeliling. Sepanjang pendakian ke puncak Frasers Hill, banyak jalan yang berlubang, tanah runtuh dan pokok yang tumbang. Ini semua akibat rakusnya manusia menarah bukit, memancung hutan tanpa rasa belas. Di atas sana, udara nya nyaman. Dingin sekali kerana hujan baru membasahi bumi Frasers Hill. Aku datang kembali setelah lama tak menjengah bumi ini. Kadarnya yang hampir dengan kediaman ku, pasti nya tiada masalah untuk ke sana. Tetapi tetap jua laam tidak aku ke sana. Aku gembira dan tertawan dengan indahnya alam di sana. Siangnya masih diselimuti kabus putih, malamnya udara sejuknya menggigit tulang hitam kita. Bunga nya masih memerah indah, poho...

Menuju 2015

Salam Keharmonian, Syukur, hari ini hari terakhir dalam tahun 2014. Seperti tahun yang lepas, saya juga lebih gemar menulis apakah pencapaian tahun 2014 berbanding azam tahun baru. Tahun ini walaupun bermula dengan payah kerana saya telah berhenti kerja juga kerana tekanan menyiapkan thesis untuk masters, namun akhirnya dapat dirasakan ia adalah tahun yang membanggakan. Tahun ini juga , ditipu oleh satu sayarikat perumahan terbesar di selatan tanah air. Setelah selesai semua medical check up untuk bekerja, tiba-tiba kata permohonan ditolak. Deposit rumah sudah le hangus, eiris diana dah berhenti sekolah, lori sudah ditempah. Bagai satu mimpi ngeri yang berlalu pergi. Namun pertengahan tahun ini, bermula kejayaan bagi saya. Saya dianugerahkan sarjana pengurusan projek dari UTM. Pengalaman beharga ini amat membanggakan saya dan keluarga saya. Walaupun sewaktu konvokesyen tersebut, tiada sesiapa pun yang masuk ke dalam dewan sebagai tetamu saya. Namun saya tetap bersyukur. Seter...

Malaysia diuji lagi

Salam Keharmonian, Dunia sekali lagi digemparkan dengan insiden kehilangan sebuah kapal terbang milik Air Asia . Walaupun ianya Air Asia Indonesia yang berlepas daripada Surabaya ke Singapura QZ8501 yang berlepas pada pukul 05:35 (waktu tempatan) dan dijangka tiba di Changi pada 08:30 (waktu tempatan), namun telah hilang atau terputus hubungan pada pukul 06:24 (waktu tempatan). Sepanjang tempoh hampir 48 jam, pesawat tersebut tidak dapat dikesan. Namun berdasarkan "wave" daripada talian telefon salah seorang mangsa penumpang peasawat tersebut. Kala, tentera / penyelamat dikerahkan ke kawasan itu, mereka menemui 3 mayat yang kembung terapung di Laut Jawa. Kini, bangkai pesawat QZ8501 juga telah ditemui menggunakan alat pengesan alatan sonar yang mana ia terkubur di dasar Laut Jawa. Terkini, pihak penyelamat akan mendapatkan kotak hitam pesawat terbabit bagi mengetahui apa yang sebenarnya telah berlaku. Sesungguhnya Allah jua yang Maha Mengetahui setiap apa yang d...