Skip to main content

Posts

Belajar Berguru

Salam Keharmonian semua. Meniti hari-hari terakhir di bulan November ini, seharusnya kita rasa gementar, kerana pantasnya masa berlalu, kini menjengahnya tahun baru. Bagi diri ini, saya tidak pernah sekali pun mempunyai azam tahun baru, tapi tiap kali akhir tahun, saya akan meng'audit' diri ini, apakah pulangan atau kejayaan yang saya kecapi sepanjang tahun tersebut. Namun tahun ini berbeza, beza yang amat terang daripada yang terdahulu. Terakhir kini, saya kerap menghadirkan diri dalam kelompok manusia berjaya. Duduk sebaris mereka, makan bersama mereka menadah ilmu kejayaan mereka. Mengutip berlian-berlian yang mereka taburkan untuk saya. Saya, di kelompok mereka, terasa amat kerdil lebih kerdil dari semut merah. Mereka semua sudah berada di atas tangga tersendiri membina nama dan empayar. Lalu, saya bertanya, tidak malu kah diri ini berkongsi bumbung yang sama dengan mereka? Jawapan nya TIDAK. Kerana menurut tuan guru saya, bina pondok kecil di tepi taman larangan Ista...

MIFF Clay: Part 2 (tayammum powder)

Selepas mempekenalkan hand clay wash, satu lagi produk keluaran Miff Marketing adalah tayammum powder. Harga retail untuk tayammum powder ini adalah RM9 sebotol. Ia mudah dibawa ke mana -mana dan sesuai untuk semua lapisan umur. Produk ini amat membantu bagi pesakit di hospital yang tidak boleh terkena air atau tidak boleh bergerak untuk ke tandas. Sesiapa yang berminat boleh terus menghubungi saya.

MIFF Clay : Part 1 (hand clay wash)

MIFF Clay adalah satu-satunya produk "tanah liat"/ "clay" yang diperakui oleh pihak JAKIM. Pelbagai produk clay ini yang terdapat di pasaran bagi memudahkan Muslim mengggunakan nya dalam kehidupan seharian. Produk yang terlaris adalah "hand clay wash" yang mana, clay telah dibancuh untuk penggunaan terus pengguna Muslim bagi tujuan penyucian daripada najis Mughalazah. Dalam pada itu, produk ini juga boleh digunakan segabai "hand sanitizer" yang biasa sahaja. Produk hand clay wash ini yang datangnya dalam 500ml ini berharga RM18.

Mana Nak Dapatkan Photo Book Yang Cantik

Eh.. Eh.. Eh.. semua tengah busy ngan kenduri kahwin, potong jambul anak le, yang ada lagi sibuk dengan bercuti ngan keluarga atau rakan-rakan. Bila tengok timeline facebook, semua sibuk update gambar cantik-cantik. Huh lagi-lagi sekarang dah #trending kan ngan instagram, lagi banyak gambar yang di "upload". Tapi ramai yang masih lagi nak abadikan kenangan gambar-gambar tu dalam photo book / photo album kan. Tapi huh tak sempat nak buat design sendiri. Nak suruh orang buat, cnthya nak suruh designer atau photographer memang dieorang charge mahal ler.. Ada sesetengah photographer tak nak pun ambil gambar kita untuk buat design sebab katanya gambar kita kurang berkualiti. JANGAN SUSAH HATI !!!!! Ni hah contoh design photobook yang dah siap tinggal masukkan gambar kita jer. Nak masuk kan gamabr pun mudah, takde lah kita perlu belajar bab-bab design photoshop ke. Mudah dan ringkas untuk orang-orang sibuk seperti kita. Jangan lupa klik sini je, untuk da...

Kanser bukan kudis buta

Salam keharmonian, Pagi ini, seorang rakan rapat yang pernah makan lauk yang sama, mandi air yang sama dan tidur se-dorm yang sama menulis coretan seperti tajuk di atas. Apakah maksudnya? Rakan itu mengibaratkan yang walaupun mempunyai kanser, tapi itu bukan kudis untuknya. Dia tetap tabah menghadapi jalan hidupnya. Menurut coretan ringkasnya, beliau bakal menjalani  pembedahan pada esok hari, dan seterusnya akan menjalani " chemotherapy " sehingga selesai semua sel-sel kanser tersebut. Hanya titipan doa sahaja yang bisa dikirimkan untuk nya. Lalu secebis nota ditulis untuknya daripada lubuk hati yang paling dalam. Semoga selamat semuanya teman. Inilah bait-bait kata yang telah dikirimkan untuk nya: - Secebis nota buat kawan sebaik anda- Biarpun hidup diselimuti kesedihan akibat berita luaran, namun semangat dalaman adalah terhebat. Yang terpenting saat ini, tabahlah sahabat, kuatkanlah tekad, pasak kan lah iktiqad, bahawa yang terkesan adalah SIHAT. ...

Vision Board

Salam Keharmonian , Satu kemestian bagi orang yang berjaya, samada MAHU berjaya, BERJAYA atau TELAH berjaya, mereka ada " vision ". Vision ini secara literal adalah penglihatan ; nampak . Dan secara maksudnya, apa yang kita akan nampak di hadapan sebagai cit-cita kita, target kita. Bukan sekadar manusia sahaja perlu ada " vision " ini, negara MALAYSIA yang kita cintai ini juga mempunyai Vision 2020 atau Wawasan 2020 yang mana ia telah dipasak kan di hati dan minda rakyat nya selama berpuluh tahaun tahun bahawa ia perlu dicapai pada tahun 2020. Dan, " vision" ini sentiasa diulang-ulang. Kerana apa?? Kerana, otak separuh sedar (sub-conscious brain) kita perlu kepada ulangan dan dia akan simpan sebagai sesuatu yang sebenar. Dan kehebatan otak separa sedar ini sangat hebat 90% daripada otak sedar yang hanya berfungsi setakat 10% daripada keseluruhan fungsi otak. Atas sebab itu, satu " vision board " telah diwujudkan bagi merangsang otak ...

Pelan Tindakan Daripada Seorang Jurutera Kepada Pengurus Projek

Salam Keharmonian, Sebagai seorang jurutera, cita-cita tertinggi kita adalah menjadi pengurus projek. Bermula dengan langkah seorang jurutera muda, kita belajar kesemua pelan dengan terperici (detail design), kesemua spesifikasi (specification). Kemudian bila kita mula boleh berdiri sendiri mengendalikan projek daripada peringkat perancangan sehingga ke peringkat penyerahan kepada "end user" , maka kita layak digelar penguirus projek muda. Namun perjalanan ke tahap itu sudah tentu nya memakan masa dan tenaga. Selain daripada jurusan kita sahaja yang perlu diambil kira, kita perlu mendalami kesemua aspek dalam pembinaan. Sebagai contoh, kita seorang jurutera awam, maka kita perlu tahu memahami  serba sedikit tentang bahagian arkitek, bahagian elektrik juga sedikit tentang kontrak. Dalam pelan tindakan itu, beberapa ciri jurutera perlu diterapkan iaitu: Berdaya saing  [COMPETENT] Bersungguh      [COMMITTED] Dipercayai       [CREDIBLE] ...