Sehebat nama nya, begitu jua apa yang difikirkan. Melangkah kaki ke kelas ini, hati ini berdebar bertanya, apakah konten yang bakal dibuka kan? Adakah mencari kewujudan sistem beraja Melayu? Adakah penggunaan kata-kata indah di hadapan tuanku? Adakah tentang tatacara bertemu tuanku? Sesungguhnya itu semua bukan seperti yang dijangka kan. Ia adalah tentang SENI BERUNDING dan BERURUSAN RASMI . Apakah itu? Adat budaya halus. Suatu Seni untuk Mengetahui Apa yang Betul untuk dilakukan pada masa yang Betul dengan Cara yang Betul. Hidup ini jangan terlalu banyak berlagah. Banyak kan berdiam untuk lebih banyak memahami. Yang banyak bercerita itu lebih banyak ternampak lemahnya. Mengangguk untuk sesuatu yang bukan kita prinsip kan boleh jadi adalah batu loncatan untuk mereka mengkagumi kita. Kita jangan mudah sentap. Jangan terlalu ikut perasaan, semua nya mahu dibantah. Memenangkan seseorang untuk kita menang nampaknya sangat sukar. Namun andai kita bisa faham PERSONAL...