Skip to main content

Lost

Allahu Akbar!

Tak baik berasa kehilangan begitu sbb Allah tak suka hamba-Nya kehilangan kerana Allah sentiasa ada bersama. 

Tapi diri ini tak kuat, bila tersadung, mesti mengaduh dan putus asa. 

Cerita nya begini....

Supervisor kn menyuruh memberulkan full report dari segi english dan grammar and technical sentence. Maka telah mengupahkan orang yang offer servis betulkan english ( google dari internet). After negotiate, dia kata dia charge RM200. 

Bila dah email, dia kata banyak nak btulkan (termasuk citation). Dia minta lagi extra charge RM250. Bila dah setuju, tawar2 gitu, dapatlah harga RM350. 

Dalam 3 hari, dia send semula yang katanya dah diedit. OMG, similarity index nya sama je, malah lebih tinggi dari yang previous. Aduh. Dia tak nak mengaku. Dia kata perlukan RM500-RM600 untuk buat keseluruhan.. Terus cut-off. Malas nak berurusan lagi. 

Send pada supervisor dengan rendah diri dengan memang dah tau bakal kena maki. Tapi sampai hari ni, dia tak respon2 lagi. Aduh marah sangat ke? Matilah daku. 

Kini hanya tinggal doa sahaja. Tak tau apa yang bakal terjadi. Dalam pada rakan2 yang pemalas(jantan2) tu dah poyo nak submit, report daku juga yang tak tahu arah nya. 

Hilang nya diri ini selagi tak tahu keputusan nya. Mohon doa kalian yang ikhlas. 


Comments

Popular posts from this blog

Sehari Ke Singapura

Perjalanan bermula dari pukul 700 pagi , bergerak ke Tune Hotel untuk pick up Amar , dan terus ke JB Sentral. Kami perlu ada di san 30 minit sebelum tren berlepas kerana perlu pemeriksaan imegresen seperti biasa untuk melepasi sempadan. Tiket tren sehala adalah RM5, dan perlu dibeli awal kerana tiket ini sememangnya kerap habis. Bagi pembelian tiket ini, boleh sahaja online di website KTMB. Perjalanan menaiki tren ini amat mudah dan kondusif. Hanya mengambil masa selama 5 minit sahaja untuk melepasi sempadan negara. Wow, ini sangat menakjubkan. Selepas pemeriksaan kastam, dari situ kami menaiki shuttle bus ke Woodlands MRT Station. Ini kelakar, sebab kitaorang tak tahu nak bayar tambang. Haahaaa . Sebab tambang nya kena bagi duit cukup-cukup masuk ke daalm tabung. Lama la juga kami berkira-kira duit syiling sebab tambang nya 90 cent je per person. Sampai kat MRT Station, dah pandai beli tiket ke Rafles .. ( North Line ) ,line mrt kaler merah tu. Dan train ni berh...

UJIAN WANITA ADALAH ...

Ujian Wanita Masa Kini . Ramai wanita kita diuji dengan KESAKITAN. Bukan sahaja sakit fizikal yang bermacam nama nya, dengan kanser nya dengan ketumbuhan nya dengan kegagalan organ nya,juga dengan sakit emosi nya, dicurangi. Ada wanita umurnya muda, sudah diuji dengan kanser, dengan kegagalan buah pinggang. Bukan mereka pinta namun ya itu namanya taqdir Allah, maka mahu tak mahu kita terima dan redha. Namun, ramainya yang mula bertindak jadi pakar sakit atau doktor. Sibuk mencanang , oh inilah akibat tak berpantang lah , tak jaga makan lah, tak minum air kunyit jamu temulawak . Semua lengkap.  Yang terdera tu emosi yang sakit, tapi lagi sakit jiwa bila mendengar ulasan orang yang tak bertauliah. Pagi tadi, terdengar satu kuliah ustaz itu, Allah hadirkan sesuatu perkara tua asbab kerana hendak hamba-Nya membesarkan dan mengagungkan-Nya. Ketika kita diuji dengan kesusahan, kita minta dilapangkan. Ketika kita diuji dengan kesakitan, kita minta disembuhkan. Ketika kita diuji dengan kes...

#effyjalankehuahin part 1

Percutian berdua ngan Effa ini bermula dari 3-August-2018 hingga 6-August-2018. Tiket ke Hua Hin telah dibeli awal (bulan March) , sewaktu AirAsia mengadakan promosi pembukaan laluan baru ke Hua Hin. Jadinya, harga tiket untuk 2 orang, 2 hala adalah Rm500++ termasuk in-flight meals. Perjalanan ke Hua Hin dari KLIA2 adalah selama 2 jam ataupun lebih kurang 1jam 50minit. Namun kita mendapat lebihan 1 jam apabila sampai kerana waktu di Thailand adalah lewat sejam dari waktu di Malaysia. Samapi di Hua Hin Airport, terus ambil taxi untuk ke hotel. Hotel yang kakak booking ni namanya Stone Head. Harga nya dalam 100++ semalam, so dah booking untuk 3 malam terus. Hotel ini terletak di Pekan Hua Hin, bukan di Chaam. Harga taxi ke hotel adalah 500Bath (walaupun setapak je jaraknya). Dalam taxi tu, si driver tu offer le package untuk hantar kakak g visit tempat-tempat menarik di Hua Hin. So kakak pun setuju je lah. Dengan bayaran 1000Bath, kakak akan dibawa ke 4 tempat yang teratas  n...