Dua minggu yang lepas, memandangkan masih bercuti sekolah, akak mengambil kesempatan membawa anak-anak berjalan di Johor Bahru. Kebetulan, seminggu sebelum itu mereka tinggal di kampung bersama nenek dan bapak. Jadi hujung minggu tersebut, akak pulang ke kampung bersama suami untuk mengambil mereka kembali ke Kuala Lumpur. Terlanjur di Johor, petang sabtu yang sejuk dingin selepas hujan, kami pergi ke Puteri Harbour, Nusajaya. Tujuan asalnya mahu ke Hello Kitty Town, tetapi memandangkan kami sampi di sana pun sudah pukul 4 petang, langsung tidak menjadi hendak berkunjung . Sekadarnya, akak bersama anak-anak dan anak saudara akak, berjalan-jalan di sekitar Puteri harbour tu. Nampaknya, terdapat satu lagi "port" untuk orang Johor beriadah bersama keluarga. Tempatnya nampak tenang dan indah. Nampak ramai juga keluarga yang membawa anak-anak ke situ. Tarikan utama adalah tempatnya yang nampak eksklusif berlatar belakang kan bot-bot mewah. Dating Time Anak-anak n...