Anak-anak zaman kini atau lebih dikenali dengan generasi Gen-Y adalah ti dak ubah seperti seekor kura-kura. Analoginya: Seekor kura-kura tidak akan mengeluarkan kepalanya jika diketu, malah semakin menyorok kan kepalanya daripada terlihat orang. Namun, kura-kura dengan senang hati menampakkan kepalanya andai diberikan haba atau kepanasan dihadapan nya. Begitu juga anak-anak kita di zaman ini, arahan dan sebarang peraturan tidak akan membuat mereka hampir dan dekat kepada kita. Malah mereka semakin mahu lari sejauh-jauhnya. Hanya dengan sedikit belaian, layanan dan perhatian yang hangat kepada mereka, mereka tanpa rasa malu akan kembali kepada kita. Jangan teragak-agak untuk memberikan pelukan dan pujian kepada anak-anak kita. Tika mereka membuat kesalahan, usah didenda tapi berbual lah dan nasihati mereka dengan dorongan dan semangat. Sesungguhnya mereka hanya mahukan perhatian kita.