Salam keharmonian, Pagi ini, seorang rakan rapat yang pernah makan lauk yang sama, mandi air yang sama dan tidur se-dorm yang sama menulis coretan seperti tajuk di atas. Apakah maksudnya? Rakan itu mengibaratkan yang walaupun mempunyai kanser, tapi itu bukan kudis untuknya. Dia tetap tabah menghadapi jalan hidupnya. Menurut coretan ringkasnya, beliau bakal menjalani pembedahan pada esok hari, dan seterusnya akan menjalani " chemotherapy " sehingga selesai semua sel-sel kanser tersebut. Hanya titipan doa sahaja yang bisa dikirimkan untuk nya. Lalu secebis nota ditulis untuknya daripada lubuk hati yang paling dalam. Semoga selamat semuanya teman. Inilah bait-bait kata yang telah dikirimkan untuk nya: - Secebis nota buat kawan sebaik anda- Biarpun hidup diselimuti kesedihan akibat berita luaran, namun semangat dalaman adalah terhebat. Yang terpenting saat ini, tabahlah sahabat, kuatkanlah tekad, pasak kan lah iktiqad, bahawa yang terkesan adalah SIHAT. ...