Korang pernah tak stucked or addicted to one game? Yang mana masa kerja pun rasa nak sangat bukak game dan main game tersebut. Dulu kan orang2 sgt suka main candy crush, sebelum tu temple run ler.. Ala pastu yang plg tak suka, orang g invite-invite kat facebook.. Aduh menyampah btul. Tapi ahkak ada ter suka kat satu game ni, tapi tak pernah ye invite-invite orang kat facebook. Nak main, main le sesorang, tak yah nak libat kan orang. Game tu name nya, Hay Day. Game ni, cam Farm Ville dulu, jaga ladang, bela lembu, tanam jagung, pancing ikan, buat kuih, boleh cari emas permata dan boleh bina kota sendiri. Cara nak cari duit, samada jual kat gerai tepi simpang, penuhi order daripada syarikat dan hantar melalui lori dan kapal, ada juga orang datang ladang kita nk beli barang. Di kota kita tu, kita ada train station yang datang bawa tetamu dan penuhi apa yang tetamu mahu. Samada hendak ke grocery shop, atau cinema atau spa. Anak ahkak pun pandai tolong ahkak harvest...