Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2014

Tamatnya misteri

Detik 10 malam 24/3/2014 menjadi suatu lipatan sejarah bagi dunia juga bagi rakyat Malaysia khasnya. Misteri kehilangan MH370 terjawab. Setelah press conference dilakukan oleh DS Najib tentang pesawat tersebut yang telah menjunam di Lautan Hindi. Pihak MAS pula mengumumkan tiada satu pun yang selamat. Allahu Akbar. Besar nya kekuasaan Allah yang boleh mengambil nyawa seramai itu dalam sekelip mata. Tenanglah jiwa-jiwa di sana; di alam kekal. Jasad mereka terkubur di lautan hindi; lautan yang ganas.  Kini seluruh dunia sedang berduka, meratapi kesedihan tragedi ini. Ini dikira satu tragedi yang terburuk dalam sejarah penerbangan moden dunia. Namun sehebat mana pun manusia, hebat lagi Yang Pencipta.  Alfatihah buat yang terkorban juga kepada famili mereka. Tetaplah janji Allah itu! 

MH370

Dah lebih seminggu cerita hilangnya kapal terbang ini menerjah lowongan kesemua akhbar dunia. Sehingga kini ia tetap menjadi misteri; menjadi rahsia Allah. Bermacam cerita, rencana, spekulasi didedahkan di media2 sosial, namun jalan ceritanya tetap buntu. Di TV juga bermacam orang dipanggil untuk ditemubual. Pelbagai reaksi dan pendapat diutarakan, namun ia tetap sebagai teori.  Maha Suci Allah yang menghendaki setiap itu berlaku. Yang bijak dan yang pakar tetap dengan teori nya namun aku tetap di sini mendoakan yang terbaik untuk pesawat ini. Tuhan  jagakan dia. Biarpun mereka bukan bertalian dengan ku namun aku tahu mereka juga tak minta di situasi begini. Aku bukan nya bijak pandai tentang kapal terbang apatah lagi penerbangan. Lalu yang ada sekelumit doa dan harapan dari aku, insan kerdil yang terpencil doa nya.  Moga peristiwa ini sebagai satu 'wake up call' kita umat Islam yang telah leka dan lalai.  AllahuAkbar