Skip to main content

Kanser bukan kudis buta

Salam keharmonian,

Pagi ini, seorang rakan rapat yang pernah makan lauk yang sama, mandi air yang sama dan tidur se-dorm yang sama menulis coretan seperti tajuk di atas.

Apakah maksudnya?

Rakan itu mengibaratkan yang walaupun mempunyai kanser, tapi itu bukan kudis untuknya. Dia tetap tabah menghadapi jalan hidupnya. Menurut coretan ringkasnya, beliau bakal menjalani  pembedahan pada esok hari, dan seterusnya akan menjalani "chemotherapy" sehingga selesai semua sel-sel kanser tersebut.


Hanya titipan doa sahaja yang bisa dikirimkan untuk nya. Lalu secebis nota ditulis untuknya daripada lubuk hati yang paling dalam.

Semoga selamat semuanya teman.

Inilah bait-bait kata yang telah dikirimkan untuk nya:

- Secebis nota buat kawan sebaik anda-
Biarpun hidup diselimuti kesedihan akibat berita luaran, namun semangat dalaman adalah terhebat.
Yang terpenting saat ini, tabahlah sahabat, kuatkanlah tekad, pasak kan lah iktiqad, bahawa yang terkesan adalah SIHAT.
Bahagia itu bukan diukur daripada senangnya kita, segarnya suasana, indahnya berita , banyaknya harta, namun ia ditimbang adil oleh dimana letaknya hati kita.
Hati kita yang sentiasa bersyukur, sujud mendekati Illahi kerana pada akhirnya kita adalah milik-Nya.
Janji alam pada tuhan-Nya, syukur itu penambah, pemacu, pemangkin bahagia seorang hamba.
Aku doakan kau bahagia, walau dengan cara engkau sendiri tanpa peduli apa yang engkau rasakan. Aku memang tidak merasa apa yang engkau zahirkan, tapi sesungguhnya tuhan telah pilih engkau sebab engkau lah yang TERPILIH.
-aku, teman sedorm-

Comments

Popular posts from this blog

UJIAN WANITA ADALAH ...

Ujian Wanita Masa Kini . Ramai wanita kita diuji dengan KESAKITAN. Bukan sahaja sakit fizikal yang bermacam nama nya, dengan kanser nya dengan ketumbuhan nya dengan kegagalan organ nya,juga dengan sakit emosi nya, dicurangi. Ada wanita umurnya muda, sudah diuji dengan kanser, dengan kegagalan buah pinggang. Bukan mereka pinta namun ya itu namanya taqdir Allah, maka mahu tak mahu kita terima dan redha. Namun, ramainya yang mula bertindak jadi pakar sakit atau doktor. Sibuk mencanang , oh inilah akibat tak berpantang lah , tak jaga makan lah, tak minum air kunyit jamu temulawak . Semua lengkap.  Yang terdera tu emosi yang sakit, tapi lagi sakit jiwa bila mendengar ulasan orang yang tak bertauliah. Pagi tadi, terdengar satu kuliah ustaz itu, Allah hadirkan sesuatu perkara tua asbab kerana hendak hamba-Nya membesarkan dan mengagungkan-Nya. Ketika kita diuji dengan kesusahan, kita minta dilapangkan. Ketika kita diuji dengan kesakitan, kita minta disembuhkan. Ketika kita diuji dengan kesempi

Pipe Jacking - Video

For all civil engineers out there, this is how we install pipe using pipe jacking method. In Malaysia, for Klang Valley and Kuala Lumpur area, we are using this method to install sewerage pipe for rationalization STP.  This is for Greater KL Project: River of Life. 

Krabi: Swimming Pool

Dah lama nak tuliskan pasal aritu kiteorang g Krabi, tapi yelah, sejak2 dah ada instragram ni, malas nak berblog, sbb semua dah di upload kat instagram. Dah tak suprise pun. Semua gambar dah nampak. Ceh,. Tapi pagi ni, masa wat assignment guna laptop ni, baru terperasan, ada lagi gambar2 masa kat Krabi tu lom upload. En somi transfer gambar dari camera kt laptop pon xnak bagitau. Deng. Jadi baru lah terperasan masa godek-godek folder dalam ni. But mostly gambar2 yang tersimpan ni yang underwater ...Haahhhhaaahah kan underwateredition tu. Sama ngan name blog ni. Best. Yang fist ni, gambar our first day swim kat swimming pool hotel je. Daafi pun nampaknya tak takut air. Masa tu Daafi baru berumur 6 months. Tapi sama hebat ngan kakaknya, Nena tu sibuk berenang. Walaupun bukan lah expert swimming macam anak si Dr. SMS tu kan. Tapi ok lah, compare to mummy nye yg mmg failed berenang. Hotel ni sgt best, servis dia tip-top walaupun bukan lah 5-star ka. Tap