Skip to main content

Riang Ria Raya

 Wah seronok btul raya kali ni.. walaupun dah ahbis beraya, tetap ada lagi yang buat rumah terbuka.

Dapat juga lah menghadiri beberapa open house rumah rakan-rakan dan kenalan. Ada juga yang ahkak pergi bertiga je, en suami ahkak tu bekerja. Rasa berbangga dapat memandu kereta dengan dua anak yang lasak. Cerita bergaduh  dalam kereta tu jangan cerita le... huh sabar je la..

Ada juga yang wat kenduri kahwin sekali nagn ngan open  house. Yang ini wedding anak pemilik taska yang ahkak hantar anak ahkak tu. Kiteorang memilih tema black. Tapi en suami akak tak nak pun join pakai baju hitam.. hisssyyy kecewa betul. Padahal ahkak dah iron kan kemeja hitam, tak nak pun pakai. Memang en suami ahkak ni tak suka sedondon-dondon kot..



Keesokan harinya, ada birthday party anak kawan ahkak di Keramat. Ni kawan lama daripada zaman matriks , pastu berenti, sambung study kat UNITEN pula. Namanya Linda. Kiteorang jadi rapat sbb family Linda ni mmg very friendly dan anggap ahkak ni mcm anak2 je. So lama le kiteorang berkawan.


Petang-petang tu pula, ada dua open house kat umah (jiran) makcik en suami ahkak tu. Tapi, seperti biasa la... en suami ahkak tak nak pun join. Jd ahkak je la yang melahap kat umah dieorang. Yang pelik nya, jiran-jiran umah makcik tu, lebih2 pula kenal ngan ahkak ni. ahkak ni peramah kot.. hahaha.

Seterusnya, the next following week, yes! ofis punya open house. Syok, ada kambing golek. Theme colour tahun ini di ofis adalah TURQUOIS. tp yg ikut tema tu yang perempuan je lah.. yang lelaki memang tak ler.. Seronok, sebab ni first time akak menyambut raya di opis ni. 




Cantik kan baju-baju semua. Ahkak ngan kekawan ahkak siap bersopink nk beli baju raya. Biase la kiteorg, over dik...

The next day pula, mungkin hari last Syawal, ahkak masih beraya ke rumah sahabat handai. Memula ke Shah Alam, umah member UNITEN. Dia seorang business women jual baju memacam dan civil engineer juga. Kitaorang sampai sangat awal, sebelum tetamu lain sampai. Kemudian terus ke Gombak. Ni rumah mertua rakan sekampung. Dah lama tak jumpa, tapi tetiba jumpa dah beranak pinak dah.  Makan memang sedap sangat.  



Keesokan harinya, tumpang rumah makcik en suami ahkak tu, kiteorang jadi host pulak ler. Takde pun jemputan ahkak, cuma adik perempuan ahkak dan adik ipar ahkak je yang datang. Banyak juga juadah yang
kami sediakan. Ada sup tulang, soto, mee sup, mee bandung, kuah kacang, rendang ayam. 

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN semua..



 

Comments

Post a Comment

Thank you for reading.
Spread your Love here. :)

Popular posts from this blog

UJIAN WANITA ADALAH ...

Ujian Wanita Masa Kini . Ramai wanita kita diuji dengan KESAKITAN. Bukan sahaja sakit fizikal yang bermacam nama nya, dengan kanser nya dengan ketumbuhan nya dengan kegagalan organ nya,juga dengan sakit emosi nya, dicurangi. Ada wanita umurnya muda, sudah diuji dengan kanser, dengan kegagalan buah pinggang. Bukan mereka pinta namun ya itu namanya taqdir Allah, maka mahu tak mahu kita terima dan redha. Namun, ramainya yang mula bertindak jadi pakar sakit atau doktor. Sibuk mencanang , oh inilah akibat tak berpantang lah , tak jaga makan lah, tak minum air kunyit jamu temulawak . Semua lengkap.  Yang terdera tu emosi yang sakit, tapi lagi sakit jiwa bila mendengar ulasan orang yang tak bertauliah. Pagi tadi, terdengar satu kuliah ustaz itu, Allah hadirkan sesuatu perkara tua asbab kerana hendak hamba-Nya membesarkan dan mengagungkan-Nya. Ketika kita diuji dengan kesusahan, kita minta dilapangkan. Ketika kita diuji dengan kesakitan, kita minta disembuhkan. Ketika kita diuji dengan kesempi

Pipe Jacking - Video

For all civil engineers out there, this is how we install pipe using pipe jacking method. In Malaysia, for Klang Valley and Kuala Lumpur area, we are using this method to install sewerage pipe for rationalization STP.  This is for Greater KL Project: River of Life. 

Krabi: Swimming Pool

Dah lama nak tuliskan pasal aritu kiteorang g Krabi, tapi yelah, sejak2 dah ada instragram ni, malas nak berblog, sbb semua dah di upload kat instagram. Dah tak suprise pun. Semua gambar dah nampak. Ceh,. Tapi pagi ni, masa wat assignment guna laptop ni, baru terperasan, ada lagi gambar2 masa kat Krabi tu lom upload. En somi transfer gambar dari camera kt laptop pon xnak bagitau. Deng. Jadi baru lah terperasan masa godek-godek folder dalam ni. But mostly gambar2 yang tersimpan ni yang underwater ...Haahhhhaaahah kan underwateredition tu. Sama ngan name blog ni. Best. Yang fist ni, gambar our first day swim kat swimming pool hotel je. Daafi pun nampaknya tak takut air. Masa tu Daafi baru berumur 6 months. Tapi sama hebat ngan kakaknya, Nena tu sibuk berenang. Walaupun bukan lah expert swimming macam anak si Dr. SMS tu kan. Tapi ok lah, compare to mummy nye yg mmg failed berenang. Hotel ni sgt best, servis dia tip-top walaupun bukan lah 5-star ka. Tap